PERJUMPAAN SANTAI PESARA KUALA LUMPUR KALI KE 3

      PESUTM melalui Biro Kuala Lumpur telah mengada- kan Perjumpaan Santai Pesara KL kali Ke 3 pada 28 Oktober 2017 mulai jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Lobby MJIT, Kampus UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Perjumpaan ini berjaya mengumpulkan lebih 60 orang pesara UTM dan bekas staf UTM yang datang dari Kuala Lumpur, Seremban, Putrajaya, Banting dan Medan .  Setiap peserta dikenakan bayaran RM15.00 seorang.

Tujuan perjumpaan ialah merapatkan hubungan sailaturahim di antara satu dengan yang lain dan dapat megimbau kenangan manis semasa sama-sama berkhidmat di ITK/UTM.

Perjumpaan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdullah bin Mohd. Ali, mantan ADUN Bukit Naning,  Muar, Johor yang juga ahli PESUTM.

 

MAJLIS JAMUAN TEH JB: SEPETANG MESRA BERSAMA PESARA MERIAH

       PESUTM turut mengadakan Majlis Jamuan Teh: Sepetang Mesra Bersama Pesara JB pada hari Ahad 3 Disember 2017 mulai jam 2.00 petang – 4.15 petang bertempat di Dewan Alumni UTM.

Matalamatnya ialah untuk mengeratkan hubungan ukhwah sesama ahli dan dapat mencetuskan buah fikiran yang dapat memberi manfaat kepada ahli.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 120 orang ahli dan bukan ahli, turut dihadiri oleh Yang Dipertua PESUTM Prof. Emeritus Dr.Ismail bin Kailani.

Yang Dipertua semasa berucap mengucapkan “ribuan terima kasih kerana perjumpaan kali ini mendapat response yang begitu baik sekali dan yang mendaftar untuk hadir ialah seramai 144 orang. Upacara sebegini InsyaAllah akan menjadi upacara tahunan Persatuan”.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penaja yang membiayai keseluruhan kos jamuan iaitu Y.Bhg. Datuk Dr.Abdul Majid bin Kadir.

Di majlis ini juga para tetamu yang hadir, turut menyumbang sebanyak RM720.00 melalui derma kilat yang diedarkan melalui tabung.

PROF. EMERITUS UNTUK DR.AHMAD KAMAL  AJK PESUTM

Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris, AJK PESUTM dianugerahkan Prof.Emeritus oleh pihak UTM. Anugerah disampaikan oleh Canselor UTM Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah bt Almarhum Sultan Idris Shah, Raja Permaisuri Johor di Majlis Konvokesyen ke 59 UTM pada 28 Oktober 2017 bertempat di Dewan Sultan Iskandar.  Tahniah Prof.Emeritus Dr. Ahmad Kamal.

Prof. Emeritus  Dr. Ahmad Kamal pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor(Akademik) UTM  dan masakini beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Teknologi Petronas(UTP), Perak.

 

SUMBANGAN IKHLAS UNTUK SDR.RAMLI BIN LATIF

PESUTM telah menghulurkan sumbangan ikhsan kepada Sdr. Ramli bin Latif ahli PESUTM bertempat dirumahnya di Taman Universiti.  Beliau yang kurang sihat  mengucapkan terima kasih kepada PESUTM.

Sumbangan sebanyak RM100.00 disampaikan oleh Raja Faredah bt Raja Ismail, Bendahari PESUTM pada 13 November 2017.  Sebelum ini iaitu pada 28 Oktober 2017 PESUTM juga telah mengadakan majlis ziarah ke rumah Sdr. Ramli bin Latif.

Sdr. Ramli bin Latif difahamkan berangkat menunaikan ibadat umrah pada 17 November 2017. PESUTM berdoa dan mengharapkan agar beliau akan kembali sihat dan sembuh seperti sediakala, InsyaAllah.

 

DATUK MAJID SUMBANG RM2100.00 UNTUK JAMUAN SEPETANG BERSAMA PESARA

Yang Berbahagia Datuk Dr. Abdul Majid bin KadIr, ahli PESUTM menyumbang sebanyak RM2100.00 untuk membiayai kos jamuan Majlis Sepetang Bersama Pesara JB pada 3 Disember 2017.

PESUTM mengucapkan terima kasih dan di atas kemurahan Y.Bhg. Datuk, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik Datuk.

 

‘HOUSE OF OLIVE’ TAJA CABUTAN BERTUAH

Pihak ‘House of Olive’ pembekal produk kesihatan telah menaja 10 cabutan bertuah semasa Majlis Sepetang Bersama Pesara JB pada 3 Disember 2017.  PESUTM mengucapkan terima kasih.

Hadiah disampaikan oleh Sdr.  Yusof wakil ‘House of Olive’ Taman UniversitI, Skudai.

 

FORUM AHLI

Kemudahan Perubatan

1 November 2017-Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ismail bin Bakar yang pernah berkhimat dengan UTM bertanya sama ada beliau layak mendapat kemudahan rawatan perubatan di Pusat Kesihatan, kampus UTM KL.

Beliau yang bersara  melalui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu Pahat Johor tetapi menerima anugerah Profesor  Emeritus dari UTM.

Ulasan PESUTM.

Disebabkan beliau bersara di bawah UTHM maka beliau tidak layak mendapat kemudahan rawatan perubatan di Pusat Kesihatan UTM kecuali tawaran sebagai Profesor Emeritus UTM menyatakan beliau layak di beri kemudahan berkenaan.  Beliau sebagai pesara UTHM tidak menerima Kad Pesara yang dikeluarkan oleh UTM.

 

Koperasi Pesara UTM

6 Disember 2017-Sdr. Zakaria mencadangkan  ditubuhkan sebuah Koperasi yang dianggotai oleh para pesara dan mereka yang berminat.  Koperasi boleh menjana pendapatan untuk di kongsi bersama.

Ulasan PESUTM.

Penubuhan Koperasi adalah melalui Akta Koperasi di bawah Kementerian KPDNKK.

Seperti biasa untuk menubuhkannya,  pesara dikehendaki mewujudkan satu J/Kuasa Sementara (Protem Committee). Lantik Pengerusi,  Setiausaha, Bendahari dan AJK yang lain. Selepas itu boleh merujuk kepada Jabatan Pembangunan Koperasi KPDNKK  untuk mendapat nasihat dan sebagainya.

 

YANG DIPERTUA DAN S/USAHA BERI KURSUS DALAM PROGRAM PRAPESARAAN UTM

Yang Dipertua dan Setiausaha PESUTM di jemput memberi kursus bertajuk Persatuan Pesara UTM dalam Program Kursus Pra Persaraan anjuran Unit  Pembang- unan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UTM.

Yang Dipertua pada 2 Disember 2017 untuk bakal pesara kampus Johor Bharu manakala Setiausaha pada 19 Disember 2017 untuk bakal pesara KL.

 

SUMBANGAN IKHSAN UNTUK SDR.YASIN BIN YAMAN

PESUTM menyumbang sebanyak RM100.00 kepada Sdr. Yasin bin Yaman, ahli PESUTM  yang kurang sihat dan uzur.

Sumbangan disampaikan oleh Hj.Ruseli bin Md. Noh yang mewakili PESUTM  pada 20 Disember 2017 bertempat di rumahnya di Taman Pulai Indah.  PESUTM berdoa agar beliau sembuh dari penyakitnya.

PESUTM DI JEMPUT HADIR MAJLIS SANJUNGAN BUDI 2017

      PESUTM di jemput untuk menghadiri Majlis Sanjungan Budi 2017 pada hari Khamis 7 Disember 2017 bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM. Majlis diadakan,salah satunya ialah untuk meraikan para pesara yang bersara tahun 2017. Y.Bhg. Tan Sri Datin Paduka Siti Sa’diah bt Sheikh Bakir Pro – Canselor UTM yang turut hadir menyampaikan anugerah.

PESUTM diwakili oleh Yang Dipertua Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani, Setiausaha Sdr. Ismail bin Samat dan P/S/U Sdr. Khalid bin Mazlan.

Di majlis ini Raja Faredah bt Raja Ismail, Puan Surani bt Pardi dan Puan Noraidah bt Bakri yang turut hadir mengambil kesempatan menarik para pesara baharu untuk menganggotai PESUTM. Seramai 29 orang telah menyertainya.

  

SAAD BIN LABRI KEMBALI KERAHMATULLAH

Saad bin Labri, ahli PESUTM kembali kerahmatullah pada petang 18 Oktober 2017.  Beliau yang tinggal di Taman Teratai, Skudai ialah mantan Pegawal Keselamatan UTM.

PESUTM mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dan berdoa agar rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

 

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM SAAD

PESUTM turut menyumbang sebanyak RM100.00 kepada keluarga  Allahyarham  Saad.

Sumbangan ikhsan disampaikan kepada balu Allahyarham pada pagi 7 Disember 2017 bertempat di rumah beliau.  Sumbangan disampaikan oleh Hjh. Latifah, isteri kepada Haji Roslan bin Radzi,  Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial  PESUTM.

 

SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN MAAHAD TANWIRIAH LILBANAT MUAR

PESUTM telah menyumbang kepada pembang- unan Maahad Tanwiriah Lilbanat bertempat di Jalan Temenggung Ahmad, Parit Jawa, Muar. Sumbangan di sampaikan oleh Yang Dipertua PESUTM,  Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani kepada Sdr. Mohd. Hakim Sanusi bertempat di Maahad tersebut pada 27 Disember 2017.

Derma yang di beri adalah hasil sumbangan daripada para dermawan/ahli.  PESUTM mengucapkan terima kepada penyumbang dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.