Mengenai Kami

PESARA-UTM-copy-300x300

Persatuan Pesara Universiti Teknologi Malaysia (PESUTM) dicetuskan penubuhannya oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor UTM. Hasratnya ialah untuk melihat para pesara dan bekas staf bergabung dan melalui pertubuhan yang sah, mereka boleh melaksanakan aktiviti yang berfaedah kepada ahli, UTM dan negara. Ekoran daripada itu satu Jawatankuasa Penaja telah diwujudkan dan permohonan untuk membolehkan PESUTM didaftarkan secara sah telah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Hasilnya Jabatan berkenaan telah meluluskan pendaftaran PESUTM pada 26 Mei 2011 dengan Nombor Pendaftaran JPPM 2622-11-JHR. Mesyuarat Agung Pertama PESUTM telah diadakan pada 25 Julai 2011.

Matlamat Persatuan

  • Mengekalkan hubungan silaturrahim yang berterusan di antara ahli-ahli dengan pihak pentadbiran UTM.
  • Menyatukan para pesara dan mereka yang pernah berkhidmat dengan UTM/ITK/MT .
  • Menjalankan kegiatan kebajikan dan sosial untuk faedah ahli-ahli serta ahli keluarganya.
  • Memberi sumbangan kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah dengan kelulusan Jawatankuasa.
  • Mewakili ahli-ahli untuk mendapatkan kemudahan atau faedah yang bersesuaian seperti bayaran pencen, saguhati tahunan dan bayaran lain daripada pihak kerajaan atau UTM.
  • Menambah tabung kewangan Persatuan melalui kutipan derma dan sumbangan bagi aktiviti yang bersangkutan terutamanya dengan UTM seperti menguruskan program latihan, Seminar, Khidmat Konsultansi, Pengurusan harta dan sebagainya.
  • Memohon, Menyewa, memperolehi, mencagar dan membeli harta tetap dengan syarat mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Yuran Keahlian

Bayaran Masuk dijelaskan secara sekali gus adalah seperti berikut :
  1. Kumpulan Gred JUSA / Khas / Turus – RM60.00
  2. Kumpulan Pengurusan dan Profesional – RM50.00
  3. Kumpulan Sokongan 1 ( B & C ) – RM40.00
  4. Kumpulan Sokongan 2 (D) – RM30.00