Manfaat Keahlian

LATARBELAKANG DAN PERKARA-PERKARA YANG TELAH DI CAPAI OLEH PERSATUAN DISEPANJANG PENUBUHANNYA SETAKAT INI

 

1.0 PENDAHULUAN.

1.1 Kelulusan penubuhan oleh Pendaftar, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  ialah pada 26 Mei

  1. No.Pendaftaran 2622-11-JHR.

1.2 Idea penubuhannya oleh Y.Bhg.Dato’ Seri Ir.Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor UTM yang Ke 5.

 

2.0 LATARBELAKANG PENUBUHAN.

2.1 Penubuhan Jawatankuasa Penaja (Protem Committee). Koordinator: Pejabat HEPA,UTM.

 

2.2 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja pada 29 Januari 2011:

Yang Dipertua: Y.Bhg.Prof.Emeritus Dato’Wira Ir.Dr.Md.Noor bin Salleh.

Naib Yang Dipertua: Haji Ismail bin Ibrahim.

Setiausaha: Haji Kasiran bin Saman.

Penolong Setiausaha: Haji Omar bin Bakar.

Bendahari: Haji Mohamed bin Abdullah.

Penolong Bendahari: Haji Ruseli bin Md.Noh.

Ahli Jawatankuasa:

Y.Bhg.Prof.Dato’Dr.Ahmad bin Darus.

Prof.Dr. Ismail bin Kailani.

Prof.Dr.Alias bin Mohd.Yusof.

Prof. Selamat bin Hashim.

Dr.Abd. Majid bin Kadir.

En.Mohamad bin Ali.

Haji Morsin bin Peraman.

En. Moktar bin Ab.Aziz.

Haji Mohd. bin Omar.

Haji Abd. Aziz bin Abd.Manaf.

Haji Kamarzaman bin Salikon.

Hajjah Rapeah bt Abdullah.

2.3 Pengubalan Perlembagaan Persatuan. Nama ditetapkan ‘PERSATUAN PESARA UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA’ atau ‘PESUTM’.

2.4 Rekabentuk Lambang oleh Encik Mohamad bin Ali, mantan Arkitek UTM.

2.5 Permohonan penubuhannya kepada Pendaftar, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  atau ROS

ialah pada 1 April 2011.

2.6 Diluluskan pada 26 Mei 2011 dengan No.Pendaftaran 2622-11-JHR.

2.7 Jawatankuasa Pengurusan Universiti(JPU) pada 27 Julai 2011 memutuskan Pejabat Pendaftar UTM

sebagai Koordinator bagi menggantikan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni(HEPA) .

2.8 Y.Bhg.Dato’Seri Ir.Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor UTM dilantik oleh Jawatankuasa sebagai

Penasihat/Penaung kepada Persatuan mulai 27 Januari 2012 dan di gantikan oleh Y.Bhg. Dato’ Ir.Dr.

Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM mulai 30 Disember 2013 apabila Y.Bhg.Dato’ Zaini di lantik

sebagai Ketua Setiausaha 11, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

3.0 MESYUARAT AGUNG.

3.1 Mesyuarat Agung Pertama ialah pada 25 Julai 2011. Dirasmikan oleh Prof.Dr.Safa’ai bin Deris,wakil Naib Canselor UTM.

 

3.2 Pemilihan Jawatankuasa/Pemeriksa Kira-Kira/Pemegang Amanah:

      Yang Dipertua: Y.Bhg.Prof.Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr.Md.Noor bin Salleh.

Naib Yang Dipertua: Haji Ismail bin Ibrahim.

Setiausaha: Haji Kasiran bin Saman.

Penolong Setiausaha: Haji Kamarzaman bin Salikon.

Bendahari: Haji Ahmad bin Said.

Penolong Bendahari: Haji Ruseli bin Md. Noh.

Ahli Jawatankuasa:

Haji Mohd. Salleh bin Mohamed.

Prof. Selamat bin Hashim.

Prof.Mohamed Afifi bin Abdul Mukti.

YB Datuk Abdullah bin Mohd.Ali.

Dr.Nasseri bin Taib.

Haji Morsin bin Peraman.

Prof.Ahmad Kamal bin Idris.

Haji Mudzakir bin Mohd. Azib.

Hajjah Musrinah bt Umar.

Hajjah Hamidah bt Ab.Hamid (pelantikan Yang Dipertua).

Hajjah Hasnah bt Tubi (pelantikan Yang Dipertua).

 

Pemeriksa Kira-Kira:

Prof.Dr. Ismail bin Kailani.

En.Moktar bin Abd.Aziz.

 

Pemegang Amanah:

Prof. Madya Dr.Razak bin Ali.

Haji Mohamed bin Abdullah.

Prof.Madya Dr.Setapah bin Ahmad.

 

3.3 Pentadbiran Universiti menyumbang RM18,720.00 untuk menjayakan Majlis Perasmian dan Mesyuarat

Agung Persatuan.

 

3.4 Mesyuarat Agung kedua ialah pada 16 Februari 2013, Mesyuarat Agung ketiga pada 8 Februari 2014

dan Mesyuarat Agung keempat pada 28 Februari 2015.

 

4.0 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA.

4.1 Diadakan empat(4) atau lima(5) kali setahun. Agenda:

4.1.1 Membincangkan perkara-perkara dasar dan hala tuju Persatuan.

4.1.2 Membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

4.1.3 Meluluskan kemasukan ahli baharu.

4.1.4 Meluluskan penyata kewangan.

4.1.5 Mendapatkan laporan Pengerusi Biro.

4.1.6 Hal lain.

4.2 Biro-Biro yang diwujudkan: Biro Khidmat Profesional, Biro Ekonomi, Biro Kebajikan dan Sosial, Biro Hal

Ehwal Wanita, Biro Infomasi, Biro Kuala Lumpur dan Biro Keahlian.

 

5.0 PEMBERIAN KEMUDAHAN OLEH UTM.

5.1 Di atas usaha-usaha yang dilakukan, pihak Universiti telah memberikan pelbagai kemudahan kepada

Persatuan/Pesara khususnya dan bekas staf amnya.

 

5.2 Di antara kemudahan yang diberikan:

5.1.1 Kemudahan Ruang untuk Mesyuarat.

5.1.2 Sampul surat dan Pos Percuma.

5.1.3 Kad Pesara UTM.

5.1.4 Pelekat Kenderaan.

5.1.5 Buku Panduan Pesara.

5.1.6 Kemudahan Pengangkuatan untuk Yang Dipertua.

5.1.7 Kemudahan Penginapan mengikut kadar staf.

5.1.8 Penggunaan Ruang Dewan percuma untuk urusan rasmi.

5.1.9 Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan.

5.1.10 Ruang Pejabat di bilik 105, Blok R02.

 

5.3 Dalam hal yang berkaitan Persatuan juga meminta UTM menamakan tempat dan jalan-jalan yang penting di dalam kampus kepada nama Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid, mantan Naib Canselor UTM yang pertama. Saranan tersebut adalah bagi mengenang jasa Tan Sri selaku bapa pembangunan UTM.

 

6.0 KEMUDAHAN RAWATAN PERCUMA.

6.1 Di atas usaha yang dilakukan, pihak UTM juga telah memberikan kemudahan rawatan perubatan

percuma di Pusat Kesihatan UTM:

6.1.1 Pesara UTM..

6.1.2 Pasangan kepada Pesara(isteri/suami).

6.1.3 Balu/duda kepada pesara dan staf tetap yang telah disahkan jawatan yang meninggal dunia.

 

7.0 PROGRAM KEBAJIKAN:

7.1 Pihak Persatuan juga turut memainkan peranan untuk membantu para pesara. Diantaranya seperti berikut:

7.1.1 Pengambilan takaful berkelompok daripada Syarikat Takaful Malaysia.

7.1.2 Memberi sumbangan kewangan kepada ahli yang sakit atau di timpa musibah(terhad kepada ahli

yang tidak berkemampuan).

 

8.0 PROGRAM SOSIAL/KEROHANIAN.   

8.1 Disepanjang penubuhannya PESUTM telah melaksanakan pelbagai aktiviti sosial/kerohanian.

 

8.2 Di antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:

8.1.1 Mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya untuk ahli/pesara/bekas staf UTM/ITK/MT bertempat di

Kampus UTM Johor Bahru dan Kampus UTM Kuala Lumpur.

8.1.2 Mengadakan program ziarah ke atas ahli yang sakit atau di timpa musibah.

8.1.3 Mengadakan program bacaan yassin dan tahlil bagi disedekahkan kepada ahli dan bukan ahli

yang telah kembali kerahmatullah. Majlis diadakan di masjid atau surau yang di pilih.

8.1.4 Memungut dana untuk disumbangkan kepada Tabung Endowmen UTM.

8.1.5 Program lawatan rasmi ke organisasi yang di pilih.

8.1.6 Mengadakan majlis perbincangan dengan organisasi atau institusi yang di pilih khususnya untuk

menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya.

 

9.0 PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

9.1 Bagi menambah dana, Persatuan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat

Pendaftar UTM dan kerjasama pihak luar telah mengadakan program pembangunan modal insan.

 

9.2 Di antara program yang dilaksanakan ialah:

9.2.1 Kursus Pra-Pesaraan untuk staf UTM dan staf UNIMAS.

9.2.2 Kursus Kemahiran Persembahan Berkesan.

 

10.0 SISTEM ELEKTRONIK PENGURUSAN PERTUBUHAN(e-ROSES).

10.1 Sejajar dengan program transfomasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(JPPM), pihaknya

telah mengarahkan semua Persatuan di Malaysia menggunakan sistem e-ROSES. PESUTM tidak

terkecuali dan dengan ini semua urusan dengan jabatan berkenaan menggunakan sistem tersebut.

No.Pendaftaran PESUTM di tukar kepada PPM-013-01-26052011.

 

11.0 LAMAN WEB PESUTM.

11.1 Menggunakan domain Laman Web UTM. Alamat ‘pesara.utm.my’.

 

12.0 YAYASAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA(YPKM).

12.1 Yayasan di atas dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul

Razak. Penubuhan YPKM ialah untuk memperjuangkan kesejahteraan para pesara Kerajaan.

PESUTM adalah di bawah naungan YPKM dan menerima sumbangan sebanyak RM10,000.00.

 

13.0 PENUTUP.

13.1 PESUTM akan terus mempelbagaikan aktivitinya. Dengan kerjasama semua pihak diharapkan

matalamat penubuhan PESUTM akan tercapai, Insya Allah.