MESYUARAT AGUNG KE EMPAT (KE 4) PESUTM PADA 28 FEBRUARI 2015

Mesyuarat Agung Ke Empat (Ke 4) Persatuan Pesara UTM (PESUTM) akan diadakan pada 28 Februari 2015 hari Sabtu”. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan, Haji Kasiran bin Saman.

Katanya lagi “ketetapan tarikh tersebut adalah diputuskan oleh Jawatankuasa Persatuan yang bermesyuarat pada 21 Disember 2014”.

“Yang Berbahagia Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM akan dijemput untuk merasmikan mesyuarat agung berkenaan. Tempat mesyuarat ialah di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor (KTC), kampus UTM Johor Bahru, Johor”.

“Semua ahli Persatuan akan di jemput hadir. Notis jemputan akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi dengan menggunakan alamat yang tercatat dalam borang permohonan semasa mereka memohon menjadi ahli.   Dengan ini kepada ahli yang bertukar alamat sila hubungi beliau di talian 0197363249 dengan menghantar mesej atau emel kasiranjb@yahoo.com”.

 

AGENDA MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat Agung PESUTM kali ke empat yang akan diadakan pada 28 Februari 2015 akan mengandungi dua (2) sesi iaitu sesi pertama mulai jam 9.30 pagi majlis perasmian oleh Naib Canselor UTM dan sesi kedua mulai jam 10.30 pagi ialah mesyuarat agung ke empat.

Agenda mesyuarat agung diantaranya ialah Alu-aluan oleh Yang Dipertua Persatuan(PESUTM), Meluluskan Minit Mesyuarat Agung ke Tiga yang diadakan pada 8 Februari 2014, Menerima dan Meluluskan Laporan Tahunan tahun 2014, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2014, Pemilihan AJK bagi sesi 2015/2017, Pelantikan Pemeriksa Kira-Kira dan Pemegang Amanah dan Pembentangan Usul Pindaan Perlembagaan dan Usul lain.

Pemilihan AJK Persatuan yang diadakan dua (2) tahun sekali akan melibatkan jawatan:

         a. Seorang Yang Dipertua.

         b. Seorang Naib Yang Dipertua.

         c. Seorang Setiausaha.

         d. Seorang Penolong Setiausaha.

       d. Seorang Bendahari.

       e. Seorang Penolong Bendahari.

       f. Sembilan(9) orang Ahli Jawatankuasa.

 

Mesyuarat agung juga akan melantik dua(2) orang Pemeriksa Kira-Kira dan tiga(3) orang Pemegang Amanah.

 

JEMPUTAN KEPADA BUKAN AHLI

Kepada semua bekas staf UTM/ITK/MT yang belum mendaftar menjadi ahli juga dijemput sama untuk menghadiri mesyuarat agung ke empat yang akan diadakan pada Sabtu pagi 28 Februari 2014.

Borang keahlian akan diedarkan semasa mesyuarat.   Mereka yang mendaftar akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM60.00 bagi bekas staf berjawatan Jusa/gred khas, RM50.00 bagi bekas staf berjawatan pengurusan dan profesional (Kumpulan A),   RM40.00 bagi bekas staf Pelaksana 1 (Kumpulan B dan C) dan RM30.00 bagi bekas staf Pelaksana 2 (Kumpulan D).

Bayaran hanya dikenakan sekali sahaja dan ahli tidak perlu membayar secara bulanan atau tahunan.

 

PEMBELIAN TAKAFUL

Pembelian takaful daripada Syarikat Takaful Malaysia akan dibuka kepada ahli dan isteri/suami ahli yang berumur 65 tahun ke bawah semasa mesyuarat agung ke empat pada 28 Februari 2015.

Pembelian takaful melalui Persatuan hanya diuruskan semasa mesyuarat agung sahaja. Bayaran premium yang dikenakan pada tahun lepas 2014/2015 ialah sebanyak RM20.00 dan difahamkan bayaran ini akan dinaikkan sedikit pada tahun 2015/2016.

Mereka yang tidak dapat hadir boleh mewakil -kan kepada ahli lain dengan menyertakan nama, bayaran, no. kad pengenalan dan no. telefon.

 

PEMBELIAN PELEKAT KENDERAAN UTM

Semasa mesyuarat agung, Bahagian Keselamatan   akan menjual Pelekat Kenderaan UTM 2015/2016.

Harga setiap pelekat ialah RM2.00 dan ahli boleh membeli 3 pelekat iaitu dua(2) untuk kereta dan satu( 1) untuk motorsikal.


BAYARAN KHAS KEWANGAN KEPADA PESARA KERAJAAN YANG MENERIMA PENCEN

Pesara yang menerima pencen akan terima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM250.00. Bayaran Khas Kewangan di beri kepada pesara yang layak menerima pencen pada atau sebelum 31 Disember 2014 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum 30 Disember 2014 dan menerima pencen terbitan mulai 31 Disember 2014.

Penerima pencen melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai 15 Januari 2015.

 

KENAIKAN PENCEN 2%

Pihak Kerajaan telah menaikan kadar pencen sebanyak 2% setiap tahun. Pesara akan menerima kadar baru kenaikan ini pada pencen bulan Januari setiap tahun dan untuk tahun ini akan dibayar pada 21 Januari 2015.

 

PENGGANTIAN   KAD PESARA JPA BAGI PESARA YANG TERLIBAT DENGAN BANJIR

Pihak JPA untuk memberi keringanan kepada pesara, pihaknya bersetuju menggantikan kad pesara JPA bagi pesara yang terlibat dengan bencana banjir secara percuma.

Pesara boleh membuat permohonan melalui cawangan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), cawangan Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS), Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia atau boleh menghubungi terus pihak JPA dengan menghantar emel kepada:

fazidah.puat@jpa.gov.my

nurwasyahlan. zakaria@jpa.gov.my

kais.mushtaq@jpa.gov.my

Dengan ini kepada pesara UTM/ITK/MT yang terlibat dengan banjir boleh berhubung dengan pihak-pihak yang berkenaan.

 

S/U HADIR MAJLIS SANJUNGAN BUDI 2014

Setiausaha Persatuan, Haji Kasiran bin Saman menghadiri Majlis Sanjungan Budi UTM 2014 pada 10 November 2014 jam 8.15 malam bertempat di Hotel Puteri Pacific, JB. Majlis ini ialah untuk meraikan para pesara UTM 2014 dan staf UTM yang telah berkhidmat lebih 20 dan 30 tahun.

PERSATUAN PERLUKAN SUMBANGAN DARIPADA AHLI

PESUTM sangat mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada ahli terutamanya ahli yang mempunyai kemampuan.

     Sumbangan yang diberikan akan dimasukkan dalam Tabung Kebajikan dan digunakan untuk membantu ahli-ahli atau kawan-kawan kita yang ditimpa musibah seperti kematian, kemalangan, sakit dan sebagainya. Setakat ini beberapa ahli telah pun menerima bantuan khususnya ahli yang kurang berkemampuan.

       Dengan ini kpd.ahli yang ingin menyumbang adalah dipersilakan. Sumbangan dengan cek ialah di atas nama ‘Persatuan Pesara UTM’ dan diposkan kepada Setiausaha, Persatuan Pesara UTM d/a Bangunan ALUMNI, Universiti Teknologi Malaysia, 81310, Skudai, Johor Bahru, Johor. Mereka yang ingin menyumbang secara tunai sila ‘bank in’ ke akaun Bank Muamalat, Taman Universiti JB no akaun 01080000670716 dan sila mesej kepada Setiausaha di talian 0197363249 atau Bendahari Persatuan di talian 0177509952 dengan memberitahu nama, jumlah sumbangan dan tarikh.

Anggaplah sumbangan ini sebagai sedekah amal jariah dan InsyaAllah, Allah S.W.T   akan membalasnya.

 

PENCAPAIAN DISEPANJANG PENUBUHAN PERSATUAN

      Persatuan Pesara UTM (PESUTM) mendapat kelulusan penubuhannya daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malayia pada 26 Mei 2011.

Disepanjang penubuhannya Persatuan melalui AJK yang dipilih telah berusaha untuk mempasti – kan matalamat penubuhannya tercapai.

Di antara pencapaian yang dicapai ialah agar pihak UTM terus menjaga kebajikan para pesara terutamanya dari segi kesihatan. Melalui usaha yang berterusan rawatan pesara secara percuma termasuk pesara KWSP dan pasangan pesara (isteri/suami) di Pusat Kesihatan UTM telah diperolehi, UTM juga telah mengeluarkan Kad Pesara UTM, membekalkan pelekat (stickers) kenderaan pesara, ruang pejabat Persatuan di Bilik 105-3(berhampiran Pej. Pengajian Prasiswazah), di beri peluang mengendalikan prog. pembangunan modal insan UTM dan sebagainya.