YANG DIPERTUA HADIR MESYUARAT YPKM

Yang Dipertua PESUTM, Prof.Emeritus Dr. Ismail bin Kailani menghadir Mesyuarat Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia(YPKM) pada 28 Mac 2018.

Dalam mesyuarat berkenaan Presiden YPKM,  Yang Berbahagia Tan Sri Aseh bin Che Mat menyatakan pihaknya  akan memohon daripada pihak Kerajaan. Diantaranya ialah:

a.        Kadar bayaran pencen  bulanan dinaikkan.

b.       Menyelesaikan isu tuntutan kesihatan(ubat2an dan peralatan).

c.        Skim Perumahan Prima boleh dipohon oleh  pesara atau oleh anak pesara dengan mengunakan nama pesara.

MISRUN SAYAT KEMBALI KERAHMATULLAH

Misrun bin Sayat ahli PESUTM dan pesara UTM kembali kerahmatullah pada hari Khamis 7 Jun 2018 kira-kira jam 11.00 malam di Pusat Kesihatan UTM.  Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pembantu Am Rendah di Kolej Kediaman Pelajar, HEP.

Takziah kepada ahli keluarganya. Kami semua berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama dari kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah.

MAJLIS TAHLIL PESUTM BIRO KL

Biro PESUTM Kuala Lumpur menganjurkan Majlis Tahlil bersempena menyambut Ramadhan pada Khamis malam Jumaat 10 Mei 2018 bertempat di Masjid UTM Kuala Lumpur.  Majlis dikelolakan oleh Sdr. Mad Zahir bin Bahari dan ahli jawatankuasanya.

Majlis dihadiri oleh ahli-ahli PESUTM dan para tetamu yang lain.  Mantan YDP PESUTM Y.Bhg. Profesor Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh turut hadir.

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA PESARA UTM KUALA LUMPUR

PESUTM Kuala Lumpur menganjurkan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Pesara UTM pada hari Sabtu 30 Jun 2018 bertempat di Kantin Pegawai UTM Kuala Lumpur.

Seramai lebih 100 ahli dan bukan ahli telah hadir. Turut hadir ialah mantan Yang Dipertua PESUTM, Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh.

LAWATAN KE SABAH

Beberapa AJK dan ahli PESUTM membuat lawatan ke Negeri Sabah pada 3 April 2018 hingga 7 April 2018 atas perbelanjaan sendiri.  Mereka ialah Raja Faredah bt Raja Ismail Bendahari PESUTM,  Pn. Kasumabahri Masjuriah AJK dan Pn. Noraidah bt  Bakri AJK.

Di antara programnya ialah melawat Masjid, Universiti Malaysia Sabah dan beberapa perkampungan terpencil di Sabah terutamanya lawatan ke rumah-rumah muaalaf atau mereka yang baru memeluk agama Islam.

DUA AHLI PESUTM DIANUGERAHKAN PROFESOR EMERITUS

Dua ahli PESUTM iaitu Sdr. Omar bin Munir dan Dr. Ahmad bin Darus dianugerahkan Profesor Emeritus oleh UTM.  Mereka adalah pesara UTM yang berjawatan Profesor. Tahniah!!!!.

Anugerah disampaikan oleh Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor yang juga Canselor UTM di Majlis Konvokesyen UTM yang berlangsung pada Sabtu 28 April 2018 di Dewan Sultan Iskandar.

Sdr. Omar bin Munir pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor(Pembangunan) dan Dr. Ahmad bin Darus menjawat jawatan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

TUAN BAHAROM KEMBALI KERAHMATULLAH

Tuan Baharom bin Tuan Mahmood ahli PESUTM dan pesara UTM kembali kerahmatullah pada pagi Selasa 22 Mei 2018 di Pusat Pakar Perubatan UITM kampus Sungai Buloh, Selangor.  Allahyarham ialah professor Fakulti Ukur  Tanah dan Geoinfomasi dan pernah menjawat pelbagai jawatan sebelum bersara.

Takziah untuk ahli keluarganya.  Kami semua berdoa semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al Fatihah.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PESUTM JOHOR BAHRU PADA 1 JULAI 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilftri PESUTM Johor  akan diadakan pada hari Ahad 1 Julai 2018 mulai jam 9.30 pagi. Majlis akan diadakan di Dewan Alumni UTM.

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Wahid bin Omar Naib Canselor UTM dijangka hadir.