SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN – YANG DIPERTUA

Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Haji Salleh bin Md. Noor, Yang Dipertua Persatuan Pesara Universiti Teknologi Malaysia  (PESUTM) dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri tahun 1437H kepada semua ahli dan bukan ahli PESUTM khasnya kepada para pesara UTM.

Menurutnya lagi di hari baik dan bulan baik ini beliau turut memohon ampun dan maaf kepada semua ahli,  jika terdapat apa-apa kehilafan dan kesalahan di sepanjang beliau memegang jawatan  Yang Dipertua Persatuan.

Kepada mereka yang ingin  balik ke kampong atau melakukan perjalanan jauh di minta berhati-hati ketika berada di jalan raya.

 

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL DI MASJID TAMAN SRI PULAI PERDANA JB

PESUTM melalui Biro Kebajikan dan Sosial  mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk disedekahkan kepada ahli-ahli PESUTM yang telah kembali kerahmatullah. Majlis diadakan pada hari Khamis malam Jumaat 7 April 2016 bertempat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana JB. Seramai lebih 30 orang ahli PESUTM dan bukan ahli turut hadir.

Program tersebut adalah anjuran bersama JK Masjid terutamanya Pengerusinya Haji Zakariya bin Abd. Rasip yang juga ahli PESUTM.

Semasa berucap Haji Morsin bin Peraman, Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial mengucapkan terima kasih kepada AJK Masjid Taman Sri Pulai Perdana yang memberikan kebenaran dan kerjasama agar majlis ini diadakan di masjid tersebut di samping menyediakan juadah untuk ahli PESUTM yang hadir..

PESUTM menyumbang RM150.00 kepada pihak masjid dan RM50.00 sumbangan dari ahli PESUTM.

 

PROGRAM LAWATAN KE PEJABAT WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR(IRDA)

PESUTM merancang satu program lawatan ke IRDA, JB di Danga Bay pada hari Ahad 14 Ogos 2016.  Tujuannya ialah untuk mendapatkan taklimat mengenai pembangunan dan perancangan IRDA.

AJK PESUTM akan menyertai lawatan tersebut.  Dengan ini kepada ahli PESUTM yang ingin turut serta di pohon menghubungi En. Ahmad bin Said di talian 0137452765.

DUA AJK TERLIBAT DENGAN PENYELIDIKAN PELAKUAN PENGGUNA

Dua orang AJK PESUTM terlibat dengan kajian atau  Penyelidikan Pelakuan Pengguna dan Kecukupan Pendapatan Dalam Kalangan Pengguna Warga Emas pada 6 April 2016 bertempat di Hotel Silka JB. Mereka ialah Haji Kasiran bin Saman, Setiausaha dan Haji Morsin bin Peraman, Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial PESUTM.

Kajian yang di biayai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) adalah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia(MyAgeing) UPM bersama Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia(MACFEA).

Objektifnya diantaranya adalah untuk menentukan sumber pendapatan dan bagaimana pengguna warga emas menyara kehidupan, mengenalpasti tingkah laku pengguna warga emas, menentukan keperluan khas serta mengenalpasti masalah pengguna emas dan mengemukakan cadangan dasar dan program untuk meningkatkan kesejahteraan pengguna warga emas Malaysia.

 

MAJLIS MENYAMBUT RAMADHAN DAN TAHLIL DI MASJID UTM KL

Biro Kuala Lumpur yang diketuai oleh Hajjah Musrinah bt Umar juga mengadakan Majlis Menyambut Ramadhan dan Tahlil untuk disedekahkan kepada ahli PESUTM yang telah kembali kerahmatullah pada hari Khamis malam Jumaat 12 Mei 2016. Majlis diadakan di Masjid UTM Kuala Lumpur. Seramai lebih 40 orang ahli dan bukan ahli hadir.

Di majlis ini PESUTM menyumbang sebanyak RM150.00 dan ahli/bukan ahli yang hadir juga turut menyumbang  RM560.00.  Baki daripada kos perbelanjaan iaitu sebanyak RM70.00 diserahkan kepada PESUTM.

 

MOHAMAD FAIEZ DI LANTIK PENGURUS IT PERSATUAN

En. Mohamad Faeiz di lantik oleh PESUTM sebagai Pengurus IT PESUTM berkuatkuasa mulai 29 Mei 2016. Beliau adalah ahli Persatuan. Faiez  adalah menggantikan Haji Wan Hasan bin Abdullah.

Sebagai Pengurus IT beliau bertanggungjawab terhadap Laman Web PESUTM dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan IT PESUTM. Beliau boleh dihubungi melalui talian 0177315617.