PESUTM DAPAT SUMBANGAN RM10,000.00 DARIPADA YPKMPESUTM mendapat sumbangan kewangan sebanyak RM10,000.00 daripada Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia(YPKM). Sumbangan disampai -kan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh, Yang Dipertua PESUTM di majlis pelancaran penubuhan Yayasan pada 13 April 2015 bertempat di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

Semasa berucap di majlis tersebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan penubuhan Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia (YPKM) akan menjadi wadah untuk menjaga kesejahteraan, kebajikan para pesara Kerajaan yang berjumlah lebih 750,000 orang dan ianya akan menjadi penghubung di antara Kerajaan dan para pesara.

Dengan adanya YPKM kebajikan para pesara akan lebih tersusun dalam sebuah organisasi khusus dan dan dapat dibantu dengan sewajarnya oleh Kerajaan misalnya dari segi perumahan, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.

Di majlis ini YAB Perdana Menteri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada YPKM bagi membolehkan Yayasan bergerak melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk kepentingan para pesara Kerajaan di seluruh Negara.

 

PESUTM DI BAWAH NAUNGAN YPKM

Dengan tertubuhnya Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia(YPKM),   PESUTM kini terletak di bawah naungan YPKM. Peranan Yayasan adalah sama seperti CEUPACS yang membela nasib staf perkhidmatan awam begitu juga YPKM akan membela nasib para pesara.

Kata YAB Perdana Menteri “YPKM sebagai sebuah organasasi akan menjadi pengantara untuk berunding dengan Kerajaan mengenai isu-isu yang melibatkan kebajikan para pesara bagi dipertimbangkan oleh Kerajaan mengikut kemampuan. Dengan cara ini kebajikan para

Pesara akan terus terpelihara sebaik mungkin”.

YANG DIPERTUA LANTIK MUSRINAH DAN NOR AINI BAGI WAKILI KLYang Dipertua PESUTM, Yang Berbahagia Prof. Emeritis Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh   melantik Hajjah Musrinah bt Umar dan Hajjah Nor Aini bt Nordin sebagai Ahli Jawatan kuasa PESUTM bagi sesi 2015/2017. Pelantikan di atas adalah mengikut kuasa yang diberikan dalam Perlembagaan Persatuan Fasal 9 (a). Kedua-dua mereka adalah dari Kuala Lumpur.

 

PERBINCANGAN DENGAN PIHAK UNIVERSITI

Satu majlis perbincangan dengan pihak UTM telah diadakan pada 8 April 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara, Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Organisasi (BPO), Pejabat Pendaftar. UTM diketuai oleh Tuan Haji Abd. Jalel bin Ahmad, TP BPO sementara PESUTM diketuai oleh Haji Kasiran bin Saman, Setiausaha PESUTM.

Di antara perkara yang dibincangkan ialah:

-Memohon supaya data staf UTM yang bersara dalam Sistem Maklumat Staf dipindahkan ke dalam Sistem Pesara UTM.

-Memohon supaya UTM mengeluarkan surat kepada Persatuan yang menyatakan UTM akan menanggung kos perubatan kepada pasangan pesara yang mendapat rawatan di PKU.

-Meletakkan nama pasangan(isteri/suami) dalam Kad Pesara UTM.

-Memohon supaya balu/duda pesara dan balu/ duda staf berjawatan tetap yang meninggal dunia dibenarkan mendapat rawatan percuma di PKU.

-Pengujudan Unit Pesara di UTM.

-Menyemak kadar bayaran kepada mereka yang layak di bayar Pencen Terbitan.

-Memohon kepada Universiti supaya bakal pesara dibekalkan dengan borang Permohonan Menjadi Ahli PESUTM.

 

DR.YUSOF ABU BAKAR DIANUGERAHKAN PROFESOR EMERITUS

Dr. Yusof bin Abu Bakar ahli PESUTM dan mantan TNC(HEP)UTM telah dianugerahkan Prof. Emeritus bersempena Konvokesyen UTM ke 54 pada 25 April 2015.

PESUTM mengucapkan tahniah.

TIGA AHLI KEMBALI KERAHMATULLAHTiga orang ahli Persatuan telah kembali kerahmatullah. Mereka ialah Haji Omar bin Bakar pada 6 April 2015, Hajjah Rugaiyah bt Ismail pada 18 April 2015 dan Ustaz Haji Tamjes bin Kastiran pada 26 Mei 2015.

Pesatuan mengucapkan takziah kepada keluarga mereka masing-masing dan berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang sholeh /sholehah. Alfatihah.

Haji Omar bin Bakar semasa hayatnya ialah Pemegang Amanah kepada Persatuan.

 

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL BAGI JOHOR BAHRU

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil yang dikhusus- kan bagi ahli yang telah kembali kerahmatullah, diadakan pada malam Jumaat 16 April 2015 selepas solat Magrib bertempat di Surau Al Ridhuan, Taman Dawani, Senai, Johor. Majlis yang diadakan adalah program Biro Kebajikan dan Sosial PESUTM dengan kerjasama AJK Surau berkenaan.

Ahli yang telah kembali kerahmatullah diantaranya ialah Tan Sri Ainuddin Abd. Wahid, Haji Omar bin Bakar, Dr. Bakar bin Hashim, Dr. Alias bin Mohd.Yusof, En. Yusap bin Saari, Haji Mohamad Sairaji bin Suhadi, En. Abdul Aziz bin Kidam dan En.Mohd. Pozi bin Samsuddin.

Di majlis ini juga, doa dipohon semoga ahli-ahli Persatuan yang sedang sakit dan uzur mendapat keberkatan sembuh daripada Allah SWT jua.

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN BAGI KUALA LUMPUR

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil bagi Kuala Lumpur juga diadakan pada hari Khamis malam Jumaat 25 Jun 2015. Majlis diadakan di Masjid UTM, KL mulai jam 6.30 petang. Yang Dipertua PESUTM, Y.Bhg. Dato’ Md. Noor turut hadir.

Majlis yang dianjurkan ini adalah sebahagian program Biro Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Hajjah Musrinah bt Umar dan AJK nya Hajjah Nor Aini bt Nordin.

 

PELEKAT KENDERAAN UNIVERSITI

Pihak PESUTM sedang mengusahakan dengan Bah. Keselamatan UTM agar Pelekat Kenderaan UTM dapat dijual semasa Majlis Hari Raya PESUTM iaitu pada 8 ogos 2015 dan 15 ogos 2015.

KAD PESARA UTMMulai 1 April 2015 ahli Persatuan yang bersara wajib/pilihan yang belum memiliki Kad Pesara UTM dikehendaki menguruskannya sendiri dengan pihak Universiti.

Mereka diminta berhubung dengan Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar, Pengurusan Modal Insan atau HCM di jabatan atau di fakulti di mana staf berkhidmat bagi membolehkan maklumat perkhidmatannya di kemaskini. Selepas di kemas- kini Kad boleh di ambil daripada Pejabat Pedaftar, Bahagian Pengurusan dan Pentadbiaran Organisasi (BPO).

 

NAMA PASANGAN DALAM KAD PESARA UTM

Pihak Universiti telah bersetuju supaya nama pasangan(isteri/suami) dipaparkan dalam Kad Pesara UTM. Persetujuan ini akan mempermudah- kan lagi pasangan pesara yang ingin mendapatkan rawatan perubatan di PKU, UTM.

Jadi kepada para pesara Johor Bahru dan sekitarnya yang berhasrat untuk menukarkan Kad masing-masing di minta berhubung dengan Pejabat Pendaftar(BPO) Puan Raudah bt Auzair di talian 07-5531213 atau Encik Nordziakon bin Husnan di talian 07-5530442. Bagi pesara KL di minta berhubung dengan Pejabat Pendaftar(HCM) En. Nasir bin Osman di talian 03-26154468.

Pesara akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00.

SELAMAT BERPUASA

PESUTM mengucapkan Selamat Berpuasa   bersempena Ramadan Al-Mubarak 1436H.

 

MAJLIS HARI RAYA PESUTM

Mesyuarat AJK pada 14 Jun 2015 bersetuju PESUTM mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya 1436H sebanyak dua kali iaitu 8 Ogos 2015 hari Sabtu jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Astana, KTC bagi Johor Bahru dan 15 Ogos 2015 hari Sabtu bagi Kuala Lumpur.

PESUTM juga akan mengambil bahagian dalam Program Sambutan Hari Raya peringkat Universiti yang dijangka diadakan pada pagi hari 3 Og. 2015.

Dengan ini ahli-ahli persatuan dan bukan ahli bersama pasangan masing-masing di jemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Borang Permohonan bagi menjadi ahli PESUTM juga akan diedarkan semasa majlis.