NC UTM HARGAI SUMBANGAN PESARA

“UTM sentiasa menghargai sumbangan para pesara. Tanpa sumbangan dan jasa bakti yang pernah diberikan oleh para pesara, UTM tidak seperti kedudukan yang ada sekarang ini”.

Demikian ditegaskan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM semasa merasmikan Mesyuarat Agung Ke 4 Persatuan Pesara UTM(PESUTM) pada 28 Februari 2015 hari Sabtu bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor(KTC), UTM, Johor Bahru. Kira-kira 51 orang ahli dan bukan ahli hadir di mesyuarat agung berkenaan.

Tambah Naib Canselor lagi “UTM telah menempah pelbagai kejayaan yang amat dibanggakan dan mendapat ‘ranking’ atau posisi yang semakin meningkat di kalangan universiti -universiti di dunia. Dengan kejayaan yang di capai pastinya para pesara dan bekas staf merasa gembira dan bangga di atas kejayaan tersebut”.

Naib Canselor juga menyatakan pihak Universiti akan terus membantu Persatuan dan banyak juga perkara-perkara yang di pohon telah ditunaikan. Beliau berharap kerjasama di antara Universiti dan Persatuan akan berterusan.

 

TERIMA KASIH UTM

Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh mengucapkan terima kasih kepada UTM yang banyak memberi kerjasama kepada Persatuan Pesara UTM atau PESUTM. Beliau berharap hubungan erat di antara UTM dan PESUTM akan berterusan.

Demikian dinyatakan oleh Y.Bhg. Dato’ semasa berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Ke 4 Persatuan pada hari Sabtu 28 Februari 2015 bertempat di Dewan Astana, KTC, UTM.

Tambahnya lagi Persatuan Pesara akan terus mempergiatkan aktivitinya dengan mengadakan program-program yang boleh menambahkan dana seperti mengadakan kursus-kursus, program lawatan dan sebagainya. Dalam masa yang sama beliau turut menyarankan kepada Universiti, menamakan bangunan dan jalan utama di UTM

dengan nama Tan Sri Ainuddin Wahid.

 

Y.BHG.DATO’ MD. NOOR KEKAL SEBAGAI YANG DIPERTUA PESUTM

Mesyuarat Agung Ke 4 Persatuan Pesara UTM (PESUTM) mengekalkan Y.Bhg.Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr. Md. Noor bin Salleh sebagai Yang Dipertua Persatuan bagi penggal 2015/2017. Y.Bhg. Dato’ ialah mantan TNC(Pembangunan).

Sementara itu Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris, Dekan Pejabat Pengajian Prasiswazah UTM di pilih sebagai Naib Yang Dipertua.

Berikut ialah senarai penuh ahli-ahli yang dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa bagi sesi 2015/2017 termasuk yang di lantik menjadi Pemeriksa Kira-Kira dan Pemegang Amanah:

 

Y.Bhg.Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh – Yang Dipertua.

Prof.Dr. Ahmad Kamal bin Idris – Naib Yang Dipertua.

Haji Kasiran bin Saman – Setiausaha.

Hajjah Hasnah bt Tubi – Penolong Setiausaha.

Dr. Zakaria bin Bahari – Bendahari.

Haji Jamil bin Hamzah – Penolong Bendahari.

Ahli Jawatankuasa:

Haji Mudzakir bin Mohd. Azib.

Haji Mohamad Afifi bin Abdul Mukti.

Hajjah Kasumabahri Masjuriah bt Baharum

Basar.

Raja Faredah bt Raja Ismail.

Haji Mohd. Yunos bin Dahlan.

Encik Mohd. Izham bin Ibrahim.

Haji Ruseli bin Md. Noh.

Dr. Ismail bin Kailani.

Haji Morsin bin Peraman.

 

Pemeriksa Kira-Kira.

Haji Ahmad bin Said.

Haji Ayob bin Md. Said.

Pemegang Amanah.

Haji Ismail bin Ibrahim.

Haji Roslan bin Mohd. Radzi.

Haji Omar bin Bakar.

         MOHD. POZI KEMBALI KERAHMATULLAH

Encik Mohd. Pozi bin Samsuddin ahli Persatuan telah kembali kerahmatullah pada 15 Januari 2015.

Beliau ialah mantan Pembantu keselamatan.

Persatuan mengucapkan takziah kepada keluarganya dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan bersama orang-orang yang salihin. Aifatihah.

 

TAHNIAH YANG DIPERTUA

PESUTM mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertua, Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Haji Salleh yang dianugerahkan Tokoh Alumni UTM. Anugerah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Seri Fadillah bin Haji Yusof di Majlis UTM Alumni Gala Dinner 2015 pada 14 Februari 2015 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Y.Bhg. Dato’ adalah bekas pelajar Maktab Teknik (selepas itu MT dinaikkan taraf universitI dengan nama ITK dan pada tahun 1975 di ubah kepada nama UTM) . Penganugerahan adalah bagi mengenang sumbangan bakti Y.Bhg. Dato’ bukan sahaja di UTM bahkan di luar UTM. Di UTM Y.Bhg. Dato’ pernah menjawat jawatan T. Naib Canselor (Pembangunan) dan pernah memangku jawatan Naib Canselor. Di luar UTM beliau pernah menjawat jawatan Naib Canselor UUM, Naib Canselor UPSI dan sebagainya.   Sekarang ini Y.Bhg. Dato’ adalah Dekan Fakulti Kejuruteraan UIAM.

 

TURUT SERTA DALAM SKIM TAKAFUL MALAYSIA

Beberapa orang ahli Persatuan dan isteri telah menyertai Skim Takaful Syarikat Takaful Malaysia.

Mereka ialah:

Ahmad bin Said.

Jamil bin Hamzah.

Nakmah bt Abdul Shukor.

Mohamad Afifi bin Abdul Mukti.

Fatimah bt Mohd. Noor.

Dr. Ismail bin Kailani.

Dr. Zakaria bin Bahari.

Ab. Rani bin Md. Noor.

A.Samat bin Mohamed.

Mohammad bin Hasnan.

Rohany bt Hassan.

Zainab bt Othman.

 

     Amran bin Yusuff.

Hasnah bt Tubi.

Abdul Aziz bin Masud.

Syed Abu Bakar bin Syed Akil.

Musrinah bt Umar.

Dr. Sabariah bt Din.

Rokhiyah bt Ahmad.

Ali bin Amat.

Noorsham bt Jalil.

Mohd. Yunos bin Dahlan.

Robia bt Sooji.

Raja Faredah bt Raja Ismail.

Mohd. Izham bin Ibrahim.

Norazah bt Basar.

Md. Noh bin Main.

Fuziah bt Mohammad.

Skim di atas adalah skim khairat dan peserta dikenakan bayaran RM25.00 setahun dan berkuatkuasa mulai April 2015 hingga Mac 2016. Bagi yang berumur bawah 64 tahun apabila berlaku kematian waris menerima bayaran sebanyak RM3500. 00 dan bayaran RM500.00 untuk urusan pengkebumian. Bagi yang berumur lebih 65 tahun hanya akan menerima pembiayaan bayaran pengkebumian sahaja.

Para peserta dikehendaki berhubung dengan Dr. Zakaria bin Bahari Bendahari Persatuan di talian 0137707848 untuk sebarang tuntutan.

 

PELANTIKAN PENGERUSI DAN AHLI BIRO

Mesyuarat AJK pada 29 Mac 2015 melantik Dr. Ismail bin Kailani sebagai Pengerusi Biro Khidmat Profesional, Haji Ruseli bin Md. Noh Pengerusi Biro Ekonomi dan En.Mohd. Izham bin Ibrahim/ahli, Haji Morsin bin Peraman Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial dan Haji Mohamad Afifi Abdul Mukti/ ahli, Hajjah Kasuma Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita dan Raja Faredah bt Raja Ismail/ahli, Hajjah Hasnah bt Tubi Pengerusi Biro Infomasi dan Haji Ismail bin Ibrahim/ahli, Hajjah Musrinah bt Umar Pengerusi Biro Kuala Lumpur dan Hajjah Nor Aini bt Nordin/ahli dan Haji Mohd. Yunos bin Dahlan Pengerusi Biro Keahlian dan Haji Mudzakir bin Mohd. Azib/ahli.

Kepada ahli yang berminat menganggotai Biro sila berhuhung dengan Setiausaha Haji Kasiran bin Saman di talian 0197363249 atau Penolong Setiausaha Hajjah Hasnah bt Tubi di talian 0137266568.