BULETIN PESUTM BILANGAN 1 TAHUN 2016 (JANUARI – MAC 2016)

TAHNIAH KEPADA PESUTM – PENDAFTAR UTM

“Tahniah kepada Persatuan Pesara UTM (PESUTM) kerana telah berkembang maju setaraf dengan persatuan-persatuan  lain di luar Universiti.  Itulah hasrat atau harapan UTM agar Persatuan terus maju ke depan dan dapat memainkan peranan yang aktif demi kemajuan dan kebajikan semua ahli”.

Demikian ditegaskan oleh Pendaftar UTM,  Haji Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman yang mewakli Naib Canselor UTM ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelima (Ke 5) Persatuan Pesara UTM(PESUTM) pada Sabtu 20 Februari 2016 bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM, Johor Bahru.

Seramai 59 orang ahli Persatuan hadir di Mesyuarat Agung berkenaan termasuk Yang Dipertua PESUTM, Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr.Md. Noor bin Salleh dan Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris, Naib Yang Dipertua PESUTM.

Menurut Pendaftar  lagi beliau percaya “Persatuan yang dibarisi oleh mantan pegawai dan mantan staf atau sifu-sifu yang berpengalaman dan berkemahiran serta mempunyai kepakaran tersendiri,  kedudukan Persatuan akan lebih mantap dan kukuh”.

 

BALU/DUDA PESARA LAYAK TERIMA RAWATAN PERUBATAN PERCUMA DI PKU

“Universiti baru-baru ini telah membuat keputusan bahawa balu atau duda kepada Pesara yang meninggal dunia layak mendapat kemudahan rawatan perubatan percuma di Pusat Kesihatan UTM”. 

Demikian dimaklumkan oleh Haji Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman, Pendaftar UTM ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke Lima(Ke 5) Persatuan Pesara UTM (PESUTM) pada 20 Februari 2016.

PESUTM mengucapkan terima kasih. Dengan pengesahan yang diterima oleh Pendaftar sendiri maka diharapkan balu dan duda akan merasa lega dan dapat menggunakan  kemudahan berkenaan dengan sebaiknya.

UTM JADI CONTOH – YANG DIPERTUA PESUTM

“Saya bangga kerana UTM menjadi contoh atau pakar rujuk kepada Universiti-Universiti tempatan lain dalam pelbagai bidang khususnya bidang akademik, pentadbiran, makmal dan sebagainya”.

Demikian menurut Yang Dipertua PESUTM, Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh yang juga Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Ke Lima(Ke 5).

Beliau sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan UIAM baru-baru ini telah menghantar beberapa pegawainya melawat Fakulti Kejuruteraan Awam UTM untuk  mempelajari beberapa aspek pengurusan dan pentadbiran Fakulti. Komen dari para pegawainya banyak perkara baru yang boleh di pelajari dan nyata UTM telah maju ke depan dalam aspek-aspek tertentu.

Dengan ini beliau percaya kemajuan serta pencapaian yang di capai oleh UTM adalah di atas berkat usaha semua pihak termasuk dari kalangan para pesara dan bekas staf UTM.

Sebagai Yang Dipertua beliau InsyaAllah akan terus untuk sama-sama memajukan PESUTM dan meletakkan PESUTM menjadi contoh kepada Persatuan lain.  PESUTM telah di iktiraf oleh Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia(YPKM).

 

PERTANYAAN KAD PESARA UTM

Kepada ahli yang belum mendapat Kad Pesara UTM dan layak memperolehinya(Pesara Wajib dan Pesara Pilihan) boleh berhubung dengan Pegawai UTM.  Di JB ialah Puan Raudah bt Auzair 075531213 dan En.Nordziakon bin Husnan 075530442. Kedua-duanya berkhidmat di Pejabat Pendaftar BPO. Di KL  Nasir bin Osman, di Pejabat Pendaftar KL 0326154468.

 

ISMAAL SAMAT SEBAGAI PEMEGANG AMANAH

En. Ismaal bin Samat di lantik sebagai Pemegang Amanah oleh Mesyuarat Agung Ke 5. Beliau menggantikan Allahyarham Omar bin Bakar yang kembali kerahmatullah pada 6 April 2015.

 

MAJLIS SANTAI SAILATURAHIM KUALA LUMPUR

Biro Kuala Lumpur PESUTM dengan kerjasama beberapa pesara telah mengadakan Majlis Santai Sailaturahim pada hari Sabtu 13 Februari 2016 bertempat di Dewan Ilmuan 4, UTM, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh, Yang Dipertua PESUTM.

Seramai 103 orang ahli PESUTM dan bukan ahli turut hadir.  Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk merapatkan hubungan sailaturahim di kalangan pesara yang telah terpisah sekian lama. Mereka datang  bukan sahaja dari Lembah Klang  tetapi juga dari Klang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

 

SUMBANGAN UNTUK MASJID

Di majlis di atas mereka yang hadir turut menyumbang bagi pembangunan Masjid Jamiatul Islakhiah, Teluk Rhu, Sabak Bernam, Selangor.

Sebanyak RM1920.00 dapat di pungut dan derma diserahkan kepada Encik Mohd. Khairi bin Yunus, ahli Jawatankuasa Masjid  tersebut yang juga bekas staf UTM.

 

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

          Dua orang AJK Persatuan iaitu Haji Kasiran bin Saman, Setiausaha dan Haji Morsin bin Peraman, Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial di jemput menyampaikan ceramah dalam Program Kursus Pra Pesaraan anjuran Pejabat Pendaftar  pada 20 Mac 2016 – 23 Mac 2016. Program diadakan di Dewan Utama, Pusat Latihan UTM.

Haji Kasiran bin Saman menyampaikan tajuk “Hubungan dan Peranan Persatuan Pesara dengan Agensi yang ditinggalkan” dan  Haji Morsin bin Peraman menyampaikan tajuk “Perkongsian Pengalaman dari Pesara UTM yang Berjaya”.

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

      Majlis di atas telah diadakan pada malam 18 Feb.2016 bertempat di Masjid UTM, KL. Tujuannya ialah untuk memohon kepada Allah swt agar Dato’ Annuar bin Maarof, mantan TNC(HEP) dan Prof. Ramlan bin Aziz, Pengarah CEPP disembuhkan daripada penyakitnya.

Y.Bhg.Datuk Abdullah Mohd. Ali bermurah hati menaja perbelanjaan jamuan.

SERTAI SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK  SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA

Beberapa orang ahli PESUTM dan pasangan  menyertai Skim Takaful Berkelompok daripada Syarikat Takaful Malaysia bagi tahun 2016/2017.

Mereka ialah:

1.       Prof.Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh.

2.       Datin Jameah bt Sidek.

3.       Noraini bt Abdul Rahman.

4.       Saad bin Labri.

5.       Mek Zum bt Mohamed.

6.       Fatimah bt Mohamad.

7.       Ismail bn Mat Jali.

8.       Yob Saed bin Ismail.

9.       Rohayah bt Panjang Yahya.

10.   Omar bin Abdullah.

11.   Abu Bakar bin Taib.

12.   Hamidah bt Abdul Hamid.

13.   Syed Abu Bakar bin Syed Akil.

14.   Raja Faredah bt Raja Ismail.

15.   Musrinah bt Umar.

16.   Nor Aini bt Nordin.

17.   Zakariya bin Abd. Rasip.

18.   Noraidah bt Bakri.

19.   Mad Zahir bin Bahari.

20.   Asmah bt Mat.

21.   Ahmad bin Imbar.

22.   Enon bt Baba.

23.   Abdul Rahim bin Omar.

24.   Hazimah bt Abdul Hamid.

25.   Saerah bt Othman.

26.   Mohd. Nazri bin Kamaruddin.

27.   Ab. Rani bin Md. Noor.

28.   Amran bin Yusuff.

29.   Abdul Manan bin Ahmad.

Mereka yang menyertai dikenakan bayaran premium sebanyak RM25.00 setahun dan  berkuatkusa mulai Mac 2016 hingga Februari 2017. Bagi yang berumur bawah 65 tahun apabila  meninggal dunia, waris akan menerima bayaran RM3500.00 dan bayaran pengkebumian sebanyak RM500.00. Bagi yang berumur lebih 65 tahun waris hanya menerima bayaran pengkebumian sebanyak RM500.00 sahaja.

Untuk makluman urusan pengambilan takaful di atas hanya diuruskan semasa Mesyuarat Agung.

Segala kemusykilan dan masalah jika berbangkit,  sila hubungi  Dr. Zakaria bin Bahari, Bendahari PESUTM di talian 0137707848.