Pihak Universiti bersetuju memasukkan nama isteri/suami pesara atau pasangan pesara dalam Kad Pesara UTM.
Perkara ini akan memudahkan para pesara apabila isteri/suami pesara yang layak untuk mendapatkan kemudahan rawatan perubatan percuma di Pusat Kesihatan UTM dan sebagainya.
Dalam perkara ini pesara JB dan sekitarnya yang berminat sila hubungi Puan Raudah bt Md. Auzair di talian 07-5531213 atau En. Nordziakon bin Husnan di talian 07-5530442 dan pesara KL dan sekitarnya hubungi En. Nasir bin Osman di talian 03-26154468.
Pesara dikehendaki memberikan nama isteri/suami dengan ejaan yang betul dan no. kad pengenalan.
Untuk makluman jua pesara akan dikenakan bayaran RM20.00 sekiranya pesara ingin menukar Kad Pesara UTM yang sedia ada dan tidak dikenakan bayaran sekiranya pesara membuat Kad Pesara untuk kali pertama.