Bendahari PESUTM, Raja Faredah bt Raja Ismail memaklumkan bahawa pembelian Takaful Berkelompok anjuran Syarikat Takaful Malaysia terpaksa ditangguhkan.
Penangguhan tersebut memandangkan beliau baru menerima makluman daripada ibu pejabat Syarikat Takaful Malaysia, Kuala Lumpur bahawa jumlah peserta minima untuk menyertai skim berkenaan mulai tahun 2017 ialah 50 orang sedangkan PESUTM hanya memperolehi 27 orang sahaja.
Ini bermaana kita masih kekurangan 23 orang.
Dengan ini beliau menyeru supaya ahli PESUTM dan pasangan yang berhasrat menyertainya, khususnya ahli-ahli dari Kuala Lumpur agar dapat menghubungi beliau di talian 016 7699480.
Bayaran premium setahun hanyalah RM25.00 seorang. Apabila ahli di timpa musibah misalnya kematian, waris akan menerima pampasan sebanyak RM3,500.00 dan bayaran pengkebumian sebanyak RM500.00 iaitu sekiranya ahli berumur bawah 65 tahun dan ahli yang berumur lebih 65 tahun hanya menerima bayaran pengkebumian RM500.00 sahaja.
Dalam hal yang berkaitan sekiranya tidak ada response dari kalangan ahli, bayaran premium RM25.00 yang telah di kutip khususnya semasa Mesyuarat Agung ke Enam akan dikembalikan kepada ahli yang mendaftar untuk menyertainya.