Pada 13 April, 2015 (Isnin) PESUTM yang di ketuai oleh Yang Dipertua Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh telah menghadiri Majlis Pelancaran Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di Dewan Siantan Putrajaya. Yayasan akan menjadi wadah untuk memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan para peserta. Persatuan mulai sekarang akan dibawah naungan Yayasan.

Peranan yayasan adalah seperti CUEPACS yang memperjuangkan staf perkhidmatan awam. Pada hari itu juga Yayasan telah menyumbang RM10,000 kepada PESUTM. Dengan sumbangan ini diharapkan PESUTM akan lebih teguh untuk memperjuangkan para pesara dan bekas staf UTM/ITK/Maktab Teknik.

 

 

 

disediakan oleh:

Setiausaha PESUTM.