TAHNIAH PROF. DR. WAHID

        Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan Ahli-Ahli Persatuan Pesara Universiti Teknologi Malaysia (PESUTM) mengucapkan tahniah di atas pelantikan Y.Bhg.Prof.Ir.Dr.Wahid bin Omar , Timbalan Naib Canselor(Pembangunan) sebagai Naib Canselor UTM yang baharu berkuatkuasa mulai 1 Sep. 2013 oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia mulai 1 Sep. 2013. Beliau adalah menggantikan Y.Bhg. Dato’ Seri Ir.Dr. Zaini bin Ujang yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha II,  Kementerian Pendidikan Malaysia.

PESUTM berdoa dengan pelantikan ini UTM akan terus maju dan bergerak kehadapan setaraf dengan universiti-universiti cemerlang dan ternama di peringkat antarabangsa.  Dalam masa yang sama diharapkan juga kerjasama dan hubungan di antara UTM dan PESUTM akan terus erat, Insya-Allah.

Surat ucapan tahniah telah dikemukakan kepada beliau.

DR.ISMAIL SAMPAIKAN CERAMAH KESIHATAN

         Pengarah Pusat Kesihatan UTM, Dr.Ismail bin Ahmed telah menyampaikan ceramah kesihatan di majlis sambutan Hari Raya bagi ahli PESUTM Johor Bahru pada 24 Ogos 2013 jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor  UTM, Skudai.

Dalam ceramahnya beliau menyentuh beberapa perkara diantaranya peri pentingnya para pesara terus bergiat dan melaksanakan aktiviti yang boleh menjaga  kesihatan dan ketenangan kepada tubuh badan dan jiwa kita.  Para pesara tidak boleh terus berehat selepas bersara tanpa melakukan sebarang aktiviti.

 

PELEKAT KENDERAAN UTM 2013/2014

          Pesara yang memerlukan Pelekat Kenderaan UTM 2013/2014 boleh mendapatkannya daripada Pejabat Keselamatan Kampus UTM Skudai atau Kampus UTM Jalan Semarak, KL.

Pesara akan dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 bagi setiap pelekat kenderaan dan setiap pesara hanya dibenarkan mendapat 2 pelekat kenderaan sahaja.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

         PESUTM telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilditri 1434H dua kali iaitu pada hari Sabtu 24 Ogos 2013 jam 12.00 tengahari untuk ahli yang tinggal disekitar Johor Bahru dan  hari Ahad 1 September 2013 jam 2.00 petang untuk ahli yang tinggal disekitar Kuala Lumpur.

Di Johor Bahru diadakan di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor UTM Skudai dihadiri oleh seramai 80 orang ahli, tetamu serta isteri/suami ahli.  Di Kuala Lumpur diadakan di Tingkat 2, Menara Tun Razak, Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak,Kuala Lumpur  dihadiri oleh seramai 60 orang ahli, tetamu serta isteri/suami ahli dan turut dihadiri oleh Y.Bhg.Prof.Dato’ Ir.Dr. Azhari bin Md. Salleh yang mewakili Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur. Y.Bhg. Prof.Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh, Yang Dipertua PESUTM hadir di kedua-dua majlis berkenaan.

Semasa majlis mereka yang hadir telah memberi sumbangan kewangan kepada persatuan untuk tujuan membiayai kos jamuan dan lain-lain. Di Johor Bahru sebanyak lebih RM900.00 telah di punggut dan di Kuala Lumpur sebanyak RM549.00.

 

DATUK ABDULLAH SUMBANG RM800.00

        Y.Bhg.Datuk Abdullah bin Md.Ali, AJK PESUTM yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Bukit Naning, Muar, Johor telah menyumbang sebanyak RM800.00 bagi membiayai kos jamuan hari raya dan lain-lain. Sumbangan disampaikan oleh beliau kepada Yang Dipertua PESUTM semasa mesyuarat Ahli Jawatankuasa PESUTM pada pagi Sabtu 24 Ogos 2013.

PESUTM mengucapkan terima kasih dan PESUTM percaya di atas kemurahan hati dan keikhlasan Y.Bhg.Datuk,  hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

 

PESUTM PERLU SUMBANGAN DARIPADA AHLI YANG BERKEMAMPUAN

        PESUTM masih memerlukan sumbangan kewangan terutama daripada ahli yang berkemam- puan bagi  membiayai aktivitinya khususnya untuk ahli yang di timpa musibah dan sebagainya.

Sumbangan dengan cek hendaklah di atas nama Persatuan Pesara UTM. No akaun Persatuan

ialah 01080000670716 Bank Muamalat.

 PERBINCANGAN DENGAN PENTADBIRAN UTM

       Satu perbincangan dengan pihak pentadbiran UTM telah diadakan pada petang 22 Julai 2013

——————————————————————

 

 

 

 

 

 

——————————————————————

bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia,  Pejabat Pendaftar.  Pihak pentadbiran di ketuai oleh Haji Wan Mohd. Zawani  bin Wan Abd.Rahman, Pendaftar UTM dan di pihak PESUTM di ketuai oleh Prof. Dr. Ismail bin Kailani, Naib Yang Dipertua.  Ianya turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Universiti dari pelbagai jabatan dan oleh AJK-AJK  PESUTM Johor Bahru.

Hasil perbincangan adalah seperti berikut:

a. Kad Pesara UTM.

Pengeluaran Kad Pesara UTM bagi yang

belum memperolehinya akan disegerakan.

      b. Penubuhan Unit Pesara UTM.

Tidak dipersetujuai oleh Universiti.

c. Pegawai Khas.

Tidak dipersetujuai oleh Universiti.

d. Ruang Pejabat PESUTM.

Bersetuju ditempatkan di Aked Cenggal.

e. Pemberian Projek kepada ahli.

Tidak diperseujuai oleh Universiti.

      f. Kaedah Mengalakkan Pesara Jadi Ahli.

Borang Permohonan akan diedarkan kepada

bakal pesara oleh Universiti.

      g. Peminjaman Buku Perpustakaan di PSZ.

Pesara/isteri/suami dan anak berumur 15-25

tahun dibenarkan meminjam buku dengan

syarat jadi ahli perpustakaan dan dijamin

oleh staf UTM.

      h. Tanah Perkuburan Islam di UTM.

Tidak dipersetujuai oleh Universiti. Tanah

UTM perlu diwakafkan kepada MAIJ.

       i. Penghantaran Berita Kepada Ahli.

Tidak dipersetujui oleh universiti. Ahli boleh

mengakses melalui Laman Web UTM.

       j. Kemudahan Pos.

Diluluskan juga untuk urusan Kuala Lumpur.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

          PESUTM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Raya Aidil Adha yang dijangka pada hari Selasa 15 Oktober 2013.

 

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA

         Syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. telah menawarkan kepada PESUTM untuk menjadi Rakan Mawarith Wasiyyah Shoppe.  Melalui program ini ahli PESUTM yang mendaftar,  dengan dikenakan bayaran tahunan tertentu akan dibantu untuk menguruskan dan menyelesaikan masalah harta pusaka dengan cepat tanpa membebankan waris.

Oleh itu kepada ahli yang berminat sila hubungi En. Mohd.Adhar bin Bajuri, Perunding Hibah dan Pusaka Islam Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. di talian 019-7567026 atau emel di alamat adhar6567@gmail.com.

JUMLAH KEAHLIAN PESUTM 210 ORANG

         Seramai 210 orang telah mendaftar menjadi ahli PESUTM sehinga 30 September 2013. Mereka terdiri daripada kalangan pesara dan bekas staf UTM/ITK/MT.

Pecahannya ialah 40 orang dari Kumpulan JUSA/GRED KHAS, 57 orang Kumpulan Pengurusan dan Professional, 79 orang Kumpulan Sokongan I dan 34 orang Kumpulan Sokongan II.

 

MESYUARAT  AGUNG KETIGA PADA 8 FEBRUARI 2014

        Mesyuarat Agung PESUTM kali ketiga di jangka akan diadakan pada 8 Februari 2014 hari Sabtu.  Semua ahli akan dijemput menghadiri nya.

Mesyuarat Agung kali ini tidak melibatkan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru kerana pemilihan AJK akan di buat setiap dua tahun sekali iaitu selaras dengan Perlembagaan Persatuan. Di antara agenda yang bakal dibincangkan diantara- nya ialah Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kedua yang telah diadakan pada 16 Februari 2013, Menerima dan Meluluskan Laporan Tahunan Tahun 2013, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2013, Pembentangan Usul Pindaan Perlembagaan dan Lain-Lain Perkara Berbangkit.