MESYUARAT AGUNG PESUTM KE ENAM(6) PADA 25 FEBRUARI 2017

“Mesyuarat Agung Ke Enam(6) Persatuan Pesara Universiti Teknologi Malaysia(PESUTM) akan diadakan pada hari Sabtu 25 Februari 2017 mulai jam 8.15 pagi bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor (KTC), UTM Johor Bahru.  Yang Berbahagia Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar  di jemput untuk merasmikan mesyuarat agung berkenaan”.

“Ketetapan tarikh dan masa diputuskan oleh  Jawatankuasa PESUTM yang bermesyuarat pada 23 Oktober 2016”.

Demikian dinyatakan oleh Haji Kasiran bin Saman, Setiausaha PESUTM.

Menurutnya lagi “ Dalam mesyuarat agung tersebut semua ahli yang berjumlah lebih 400 orang akan diberikan notis atau pemberitahuan pada akhir bulan Januari 2017.  Notis yang di hantar akan menggunakan alamat  yang tercatat dalam borang permohonan semasa pesara atau bekas staf UTM memohon menjadi ahli PESUTM.  Oleh itu kepada ahli yang bertukar alamat , sila hubungi talian 019-7363249 atau meng- hantar whatsapp atau emel “kasiranjb@yahoo.com” atau pun memaklumkan kepada mana-mana ahli Jawatankuasa PESUTM sebelum 15 Januari 2017”.

 

PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU 2017/2019

Sebagaimana disyaratkan  dalam Perlembagaan PESUTM  di bawah Fasal 9 – JAWATANKUASA perenggan ‘a’ memperuntukkan pemilihan jawatan- kuasa hendaklah di buat setiap dua(2) tahun sekali oleh Mesyuarat Agung.

Memandangkan Jawatankuasa yang sedia ada telah  memegang jawatan selama dua(2) tahun (2015/2017), maka satu Jawatankuasa baharu perlu di pilih dalam Mesyuarat Agung Ke Enam(6) pada 25 Februari 2017.

Jawatan yang akan dipertandingkan ialah:

a.       Seorang Yang Dipertua.

b.       Seorang Naib Yang Dipertua.

c.        Seorang Setiausaha.

d.       Seorang Penolong Setiausaha.

e.       Seorang Bendahari.

f.         Seorang Penolong Bendahari.

g.       Sebelas(11) orang Ahli Jawatankuasa Biasa, dua(2) daripadanya di lantik oleh Yang Dipertua.

Dalam masa yang sama dua(2) orang Pemeriksa Kira-Kira dan tiga(3) orang Pemegang Amanah akan di lantik dalam Mesyuarat Agung.

ATURCARA MESYUARAT AGUNG KE ENAM PESUTM

Mesyuarat Agung Ke Enam(6) pada 25 Februari  2017 akan mengandugi tiga(3) segmen:

a.       Sesi Pertama: Pendaftaran Kehadiran Ahli.

b.       Sesi Pertama: Majlis Perasmian oleh Yang Berbahagia Prof.Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM mulai jam 9.30 pagi.

c.        Sesi Kedua: Mesyuarat Agung Ke Enam(6) mulai jam 10.30 pagi.

Agenda Mesyuarat Agung Ke Enam(6) seperti berikut:

a.       Aluan-aluan oleh Yang Dipertua PESUTM 2015/ 2017, Yang Berbahagia Prof.Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr. Md.Noor bin Salleh.

b.       Pembentangan dan Mengesahkan  Minit Mesyuarat Agung Ke Lima(5) yang diadakan pada 20 Februari 2016.

c.        Menerima dan meluluskan  Laporan Tahunan 2016.

d.       Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2016.

e.       Pembubaran Ahli Jawatankuasa PESUTM sesi 2015/2017.

f.         Pelantikan Pengerusi Sementara dan Pencatat Bilangan Undi.

g.       Pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2017/2019.

h.       Pembentangan Usul Pindaan Perlembagaan.

i.         Pembentangan Usul Lain dan Lain-Lain Perkara Berbangkit.

j.         Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PESUTM 2017/2019.

 

TIGA WAKIL PERSATUAN HADIR MAJLIS SANJUNGAN BUDI UTM 2016

Tiga orang wakil PESUTM iaitu En. Ismaal bin Samat Pemegang Amanah,  Haji Dr. Zakaria bin Bahari Bendahari, En. Mohd. Yunos bin Dahlan Pengerusi Biro Keahlian hadir di Majlis Sanjungan Budi UTM bagi tahun 2016. Majlis diadakan pada  hari Selasa 15 November 2016 bertempat di Dewan Sultan Iskandar(DSI) UTM.

Majlis Sanjungan Budi UTM bertujuan untuk menyampaikan Anugerah Jasa Bakti, Jasa Setia dan Jasa Abadi (bagi mereka yang bersara tahun 2016).

Di majlis ini ketiga-tiga mereka mengambil kesempatan mendaftarkan para pesara yang berminat untuk menganggotai atau menjadi ahli PESUTM.  Seramai 26 orang pesara memohon menjadi ahli PESUTM.

 

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL

PESUTM melalui Biro Kebajikan dan Sosial yang di ketuai oleh Haji Morsin bin Peraman telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil bagi disedekahkan kepada ahli-ahli PESUTM yang kembali kerahmatullah bertempat di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai, Skudai, JB. Majlis diadakan pada hari Khamis malam Jumaat 10 November 2016 bersamaan 10 Safar 1438H.

     Beberapa orang ahli PESUTM  hadir. Turut hadir ialah ahli-ahli kariah Taman Sri Pulai  dan penduduk sekitar.

 

DR.NASSERI BIN TAIB KEMBALI KERAHMATULLAH

Dr. Nasseri bin Taib, ahli PESUTM telah kembali kerahmatullah pada 21 Disember 2016. Takziah kepada ahli keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama mereka yang oleh. Al Fatihah.

 

EMPAT BELAS AHLI KEMBALI KERAHMATULLAH SEJAK 2011

Empat belas(14) orang ahli PESUTM  kembali kerah- matullah sejak PESUTM ditubuhkan pada tahun 2011.

Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah S.W.Tdan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Mereka ialah:

a.       Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid.

b.       Dr. Alias bin Mohd. Yusof.

c.        Dr. Abu Bakar bin Hashim.

d.       Omar bin Bakar.

e.       Yusap bin Saari.

f.         Mohamad Sairaji bin Suhaidi.

g.       Abdul Aziz bin Kidam.

h.       Mohd. Pozi bin Samsuddin.

i.         Tamjes bin Kastiran.

j.         Ismail bin A.Aziz.

k.        Ab. Rahim bin Ab.Rahman.

l.         Rugaiyah bt Ismail.

m.      Noriah bt Hasan.

n.       Dr. Nasseri bin Taib.

 

SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK

PESUTM akan meneruskan program skim takaful berkelompok. Perbincangan sedang dilakukan dengan syarikat lain untuk mendapatkan skim yang lebih baik.  Pembelian hanya dilakukan semasa mesyuarat agung.

Mereka yang menyertai Skim Sy.Takaful Malaysia bila meninggal dunia, waris akan menerima pampasan sebanyak RM3500.00 dan bayaran pengkebumian RM500.00.  Bagi yang berumur lebih 65 tahun, waris hanya menerima bayaran pengkebumian RM500.00.  Jumlah bayaran premium tahun 2017/2018 belum ditetapkan. Tahun 2016/2017 ialah RM25.00 seorang.

NAIB YANG DIPERTUA DI LANTIK MENJADI TENAGA PENGAJAR DI UNIVERSITI PETRONAS

Naib Yang Dipertua PESUTM, Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris telah di lantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh,  Perak mulai 1 September 2016.  Dengan pelantikan ini beliau meninggalkan jawatan kontrak di UTM.

PESUTM mengucapkan tahniah di atas pelantikan berkenaan. Semoga beliau terus maju jaya dalam kerjayanya sebagai tenaga pengajar universiti.

 

DR.ISMAIL DIANUGERAHKAN PROFESOR EMERITUS OLEH UTM

Dr. Ismail bin Kailani seorang ahli Jawatankuasa PESUTM dianugerahkan Profesor Emeritus  bersempena Majlis Konvokesyen UTM yang ke lima puloh tujuh(57) yang berlangsung pada 22- 25 Oktober 2016 bertempat di Dewan Sultan Iskandar. Dr.Ismail ialah mantan Timbalan Naib Canselor(Pembangunan) UTM.

Anugerah disampaikan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah yang juga Canselor UTM pada sesi pertama Majlis Konvokesyen berkenaan pada 22 Oktober 2016.

Tahniah daripada semua Ahli Jawatankuasa  dan ahli-ahli PESUTM.

 

SEMUA PESARA DAN BEKAS STAF DI JEMPUT HADIR MESYUARAT AGUNG KE ENAM

Semua pesara dan bekas staf UTM/ITK/MT di jemput hadir Mesyuarat Agung  Ke Enam(6) pada hari Sabtu 25 Februari 2017 khususnya bagi mereka yang berhasrat menyertai atau belum menjadi ahli PESUTM.

Bayaran yang dikenakan hanya sekali sahaja iaitu semasa mendaftar.  Bayaran tidak dikenakan tiap-tiap bulan atau setiap tahun.

Dengan tertubuhnya PESUTM, pelbagai kemudahan telah diberikan oleh UTM seperti kemudahan rawatan perubatan percuma untuk para pesara JPA/pasangan di Pusat Kesihatan Universiti,  Kad Pesara UTM,  Buku Panduan Pesara,  pejabat PESUTM di bilik 105 Blok R02(berhampiran Pejabat Pengajian Prasiswazah), sewa ruang mengikut kadar staf,  kemudahan pos percuma untuk urusan rasmi dan sebagainya.

Dalam masa yang sama,  PESUTM juga ada menghulurkan bantuan kepada ahli yang kurang ber- kemampuan yang di timpa musibah, menguruskan skim takaful untuk ahli dan sebagainya. Dengan tertubuhnya PESUTM,  kita juga telah menerima bantuan sebanyak RM10,000.00 daripada Yayasan Persara Kerajaan Malaysia(YPKM).

Sila layari Laman Web Persatuan Pesara UTM (PESUTM) di alamat ‘pesutm.utm.my’.