MESYURAT AGUNG PESUTM KE LIMA(5) PADA 20 FEBRUARI 2016
“Mesyuarat Agung Ke Lima(5) Persatuan Pesara Universiti Teknologi Malaysia(PESUTM) akan diadakan pada hari Sabtu 20 Februari 2016 mulai jam 8.15 pagi bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, kampus UTM Johor Bahru. Y.Bhg. Prof.Datuk Ir.Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM akan dijemput untuk merasmikan- nya”. “Ketetapan tarikh di atas adalah diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan yang mengadakan mesyuarat pada 20 Disember 2015”. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PESUTM, Haji Kasiran bin Saman. “ Semua ahli seramai lebih 300 orang akan diberi notis untuk hadir mesyuarat tidak berapa lama lagi. Notis akan dikeluarkan berasaskan alamat yang tercatat dalam borang permohonan semasa memohon menjadi ahli. Oleh itu kepada mereka yang bertukar alamat atau berpindah ke alamat baharu sila hubungi talian 0197363249 dengan menghantar mesej atau emel kasiran@yahoo.com atau pun memaklumkan kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa Persatuan sebelum 15 Januari 2016”.
BUKAN AHLI DI JEMPUT UNTUK HADIR MESYUARAT AGUNG “Bukan ahli juga digalakkan untuk hadir mesyuarat agung. Borang akan diedarkan semasa mesyuarat berkenaan”. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PESUTM. “Bayaran masuk yang dikenakan ialah Kumpulan JUSA/GRED KHAS RM60.00, Kumpulan Pengurusan dan Profesional RM50.00, Kumpulan Pelaksana 1 (B & C) RM40.00 dan Kumpulan Pelaksana 2(D) RM30.00. Bayaran masuk hanya dikenakan sekali sahaja”. “Kategori keahlian PESUTM terbahagi kepada dua(2) iaitu ahli biasa terdiri dari kalangan bekas staf warganegara dan ahli bersekutu terdiri dari kalangan duda/balu pesara serta bukan warga- negara. Untuk menyertai Persatuan mereka tidak dikenakan syarat yang ketat, kerana yang penting mereka adalah bekas staf UTM sekali pun mereka hanya berkhidmat sehari dengan UTM”. |
PROGRAM/AGENDA MESYUARAT AGUNG KE LIMA(5)
Mesyuarat Agung kali Ke Lima(5) yang akan diadakan pada hari Sabtu 20 Februari 2016 diputuskan mengandungi Empat(4 ) sesi seperti berikut: 8.15 pagi – Pendaftaran Ahli. 9.30 pagi – Majlis Perasmian oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Ir.Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM. 10.15 pagi – Taklimat Pembiayaan Peribadi oleh Bank Muamalat. 10.45 pagi – Mesyuarat Agung Ke Lima(5). Agenda Mesyuarat Agung kali ini diantaranya ialah Alu-Aluan oleh Yang Dipertua PESUTM Y.Bhg. Prof.Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr.Md. Noor bin Salleh, Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Ke Empat(4) yang diadakan pada 24 Februari 2015, Menerima dan Meluluskan Laporan Tahunan 2015, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015 dan Pembentangan Usul Pindaan Perlembagaan dan Usul lain. Mesyuarat dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari. BAYARAN MENGURUS JENAZAH PESUTM ingin memaklumkan bahawa para pesara UTM termasuk pesara KWSP yang meninggal dunia selepas 15 Oktober 2010, waris mereka (duda/balu, anak, ibubapa atau pihak yang menguruskan jenazah) adalah layak di bayar bayaran mengurus jenazah sebanyak RM3000.00 dan bayaran pengangkutan sebanyak RM500.00. Syarat untuk mendapatkan bayaran sila layari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia www.jpapencen.gov.my atau tel. talian JPA nombor 03-88854746.
KEMUDAHAN PERUBATAN DI PUSAT KESIHATAN UTM Para pesara UTM adalah layak mendapat kemudahan rawatan perubatan percuma di Pusat Kesihatan UTM. Rawatan yang ditanggung ialah rawatan pesakit luar dan kecemasan. Pesara dipohon membaca Buku Panduan Rawatan Kemudahan Perubatan Staf terbitan Bahagian BPO, Pejabat Pendaftar UTM. |
PEMBELIAN TAKAFUL BERKELOMPOK OLEH AHLI PERSATUAN
PESUTM seperti yang sedia maklum telah menguruskan pembelian takaful daripada Syarikat Takaful Malaysia untuk ahli-ahli Persatuan dan pasangan khususnya yang berumur bawah 65 tahun. Tahun 2015 seramai 28 orang ahli dan pasangan menyertainya. Pembelian takaful melalui PESUTM hanya diuruskan semasa Mesyuarat Agung iaitu pada 20 Februari 2016 sahaja. Oleh itu kepada yang berminat sila hadir mesyuarat agung pada tarikh tersebut. Tahun 2015 bayaran premium yang dikenakan ialah sebanyak RM25.00 seorang. Bayaran untuk tahun 2016 belum ditentukan lagi. Mengikut prosedur yang ditetapkan, mereka yang menyertainya sekiranya meninggal dunia, waris akan memperolehi bayaran saguhati sebanyak RM3500.00 dan bayaran pengkebumian RM500.00. Walaupun demikian sekiranya berumur lebih 65 tahun bayaran yang diterima hanya bayaran pengkebumian sahaja.
YANG DIPERTUA DI JEMPUT MEMBERIKAN CERAMAH PEMBANGUNAN UTM Yang Dipertua PESUTM, Y. Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr.Md.Noor bin Salleh di jemput oleh UTM memberikan ceramah mengenai Pembangunan Kampus UTM di Johor pada 7 Okt 2015 bertempat di Dewan Senat, UTM. Ceramah yang disampaikan adalah berasaskan kepada pengalaman beliau semasa memegang jawatan TNC (Pembangunan) UTM.
MAJLIS SAILATURAHIM DAN TAHLIL KL Biro Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Sailaturahim pada 31 Oktober 2015 dan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid UTM KL pada 26 November 2015. Majlis yang diadakan adalah bagi merapatkan lagi hubungan ukwah dikalangan mereka. Seramai 60 orang hadir di Majlis Sailaturahim dan 20 orang di Majlis Tahlil.
BALU/DUDA KEPADA PESARA SEDANG DIPERTIMBANGKAN Balu/duda kepada pesara yang meninggal dunia sedang dipertimbangkan oleh Universiti untuk mendapat rawatan perubatan percuma di Pusat Kesihatan UTM. PESUTM mengharapkan satu keputusan yang positif daripada pihak Universiti. |
PASANGAN LAYAK MENDAPAT RAWATAN PERUBATAN DI PUSAT KESIHATAN UTM
Pasangan pesara UTM iaitu isteri/suami juga layak mendapat rawatan perubatan percuma di Pusat Kesihatan UTM. Rawatan yang ditanggung ialah rawatan pesakit luar. Isteri/suami adalah dikehendaki membawa Kad Pesara UTM semasa mendapat rawatan.
KAD PESARA UTM Para Pesara yang belum memilikki Kad Pesara UTM perlu berhubung dengan Timbalan/Penolong Pendaftar Pengurusan Modal Insan Bahagian /Fakulti, dimana pesara berkhidmat kali terakhir untuk membolehkan rekod perkhidmatannya di kemaskini. Selepas dikemaskini Kad boleh diambil di Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Organisasi (BPO), Pejabat Pendaftar. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Puan Raudah bt Auzair di talian 07-5531213 atau En. Nordziakon bin Husnan di talian 07-5530442. Bagi pesara KL boleh berhubung dengan En. Nasir bin Osman di talian 3-26154468.
DI JEMPUT HADIR MAJLIS SANJUNGAN BUDI UTM Tiga(3) orang Ahli Jawatankuasa PESUTM di jemput oleh UTM menghadiri Majlis Sanjungan Budi pada 30 November 2015 bertempat di Dewan Sultan Iskandar(DSI). Majlis ini ialah bagi meraikan staf UTM yang berkhidmat 20 & 30 tahun dan staf yang bersara pada tahun 2015. Mereka ialah Haji Kasiran bin Saman S/U, Dr. Zakaria bin Bahari Bendahari dan En. Mohd.Yunos bin Dahlan Pengerusi Biro Keahlian. Di Majlis berkenaan ketiga-tiga mereka mengambil kesempatan menggalakkan para pesara untuk menyertai atau menganggotai Persatuan Pesara UTM(PESUTM). Seramai lebih 30 orang memohon untuk menyertainya.
BALU/DUDA PENJAWAT TETAP DIBERI KEMUDAHAN RAWATAN PERCUMA Pihak Universiti telah meluluskan balu/duda kepada penjawat tetap yang meninggal dunia diberi kemudahan rawatan perubatan percuma di Pusat Kesihatan UTM. Walaubagaimana pun ianya tertakluk kepada syarat staf telah disahkan dalam jawatan, balu/ duda belum berkahwin semula dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam Skim Perubatan Staf UTM. |