MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DI SAMBUT MERIAH

       Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Pesara UTM(PESUTM) pada 1 Julai 2018 disambut meriah. Seramai 216 orang ahli dan bukan ahli menghadiri sambutan berkenaan.  Sambutan diadakan bertempat di Dewan Alumni UTM Johor Bahru, JOHOR mulai jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

         Turut hadir ialah Y.Bhg. Profesor Dato’ Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM,  Prof. Dr. Zainuddin, Timbalan Naib Canselor(A) dan Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani, Yang Dipertua PESUTM.

          Dalam ucapan mengalu-galukan kehadiran para tetamu Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani, Yang Dipertua PESUTM  menyatakan “PESUTM terus mendapat sambutan dari kalangan para pesara dan jumlah keahlian terus bertambah dengan mendadak daripada 400 orang pada penghujung tahun 2017 bertambah menjadi lebih 500 orang lebih pada masakini”.  

————————————————————————————————————————————————————————

MOHAMAD ARIF KEMBALI KERAHMATULLAH

          Mohamad Arif bin Yahya ahli PESUTM dan pesara UTM kembali kerahmatullah pada hari Jumaat 27 Julai 2018 jam 1.25 petang bertempat di rumahnya di Taman Sri Pulai, Johor Bahru, JOHOR. Allahyarham pernah berkhidmat di Pusat Komputer dan Teknologi Maklumat(CICT) UTM. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai, Johor Bahru.

            Takziah untuk ahli kelurganya.  PESUTM berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al Fatihah.

————————————————————————————————————————————————————————

TAHNIAH Y.BHG.PROF. DATUK WAHID BIN OMAR

          PESUTM mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan semula Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Wahid bin Omar sebagai Naib Canselor UTM.

          Pelantikan semula ini adalah berkuatkuasa mulai 1 September 2018-31 Ogos 2020.

         Dengan ini diharapkan UTM akan terus berkembang menjadi pusat kecermelangan akademik yang unggul dan dalam masa yang sama hubungan baik di antara UTM dan PESUTM akan berkekalan, Insya Allah       

————————————————————————————————————————————————————————

PENTADBIRAN UTM DI STRUKTUR SEMULA-NAIB CASELOR UTM

       “Pentadbiran UTM di sruktur semula daripada 17 Fakulti,  kini hanya mempunyai 8 Fakulti sahaja”.

        Demikian dinyatakan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM ketika merasmikan Majlis Jamuan Hari Raya anjuran PESUTM  pada 1 Julai 2018 bertempat di Dewan Alumni UTM Johor Bahru JOHOR.

        “Penstukturan semula ini adalah hasil kajian selama lebih 4 tahun untuk tujuan meningkatkan lagi keberkesanan serta kecekapan pengurusan di samping untuk menjimatkan kos”.

————————————————————————————————————————————————————————

LAWATAN KE ACEH INDONESIA

         Biro Wanita PESUTM dengan kerjasama Fast Travel menganjurkan lawatan ke Aceh Sumatera Indonesia pada 25 Julai 2018 hingga 28 Julai 2018.

          Beberapa tempat menarik di lawati termasuk kesan daripada tsunami yang berlaku beberapa tahun dahulu . Turut menyertai lawatan berkenaan ialah En. Mohd. Yunos bin Dahlan, Naib Yang Dipertua PESUTM dan  Puan Kasumabahri, Pengerusi Biro Business PESUTM.

————————————————————————————————————————————————————————

PESUTM PERLUKAN RUANG YANG LEBIH SELESA – YANG DIPERTUA

        “PESUTM memerlukan ruang yang selesa dan terletak di tempat yang lebih strategik”.  Demikian ditegaskan oleh Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani, Yang Dipertua PESUTM ketika mengadakan mesyuarat bersama pihak pentadbiran UTM yang dipengerusikan oleh En. Amir Hamzah bin Jamil, Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftar UTM.

           Mesyuarat diadakan di Pejabat Pendaftar pada hari Khamis 9 Ogos 2018 mulai jam 2.15 petang. Turut hadir ialah pegawai dari Pejabat Hartabina,  Pusat Pembangunan Modal Insan dan Setiausaha/AJK  PESUTM.                             

            Ekoran daripada mesyuarat,  pihak Universiti bersetuju mengambil tindakan susulan termasuk mengemaskini keseluruhan ruang R105 iaitu pejabat PESUTM sedia ada.

            Pejabat Harta Bina pada 13 September 2018 telah mengadakan lawatan ke tempat berkenaan.

————————————————————————————————————————————————————————

PEMERIKSAAN BERNOTIS OLEH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN(ROS)

        Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah membuat Pemeriksaan Bernotis terhadap Persatuan Pesara UTM(PESUTM)  pada hari Selasa 18 September 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Komplek KDN Setia Tropika JB.

         ROS di ketuai oleh Pengarah ROS Negeri Johor Pn. Yap dan pegawainya Pn . Mahirah bt Mohammad.  Sementara PESUTM diwakili oleh Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani YDP, En. Ismaal bin Samat S/U, Raja Faredah bt Raja Ismail Bendahari., En. Khalid bin Mazlan Penolong Setiausaha(P/S/U)  dan En. Kasiran bin Saman Ahli Jawatankuasa(AJK).

          Pemeriksaan Bernotis adalah adalah merupakan pemeriksaan semua dokumen Persatuan untuk di audit.  Ini bagi mempastikan Persatuan mengikut tatacara pengurusan dan pentadbiran sebagaimana yang di tetapkan dalam Perlembagaan Persatuan dan Akta Pertubuhan 1966.  

          Beberapa dokumen telah diperiksa.Di antaranya:   

a.       Undang-Undang Pertubuhan.

b.       Rekod Daftar Ahli.

c.        Buku Minit Mesyuarat Agung.

d.       Buku Minit Mesyuarat Jawatankuasa.

e.       Buku Yuran.   

f.         Buku Kira-Kira.

g.       Buku Resit.

h.       Akaun Bank/Penyata Bank Terkini.

i.         Geran atau Surat Hak Milik Bagi Harta Pertubuhan.

j.         Sijil/Perakuan Pertubuhan.

k.        Dokumen-dokumen yang berkaitan.   

          Hasil penemuan,  pihak ROS akan mendapatkan penjelasan bertulis daripada PESUTM.

————————————————————————————————————————————————————————

KAMISAH BT YUNUS KEMBALI KERAHMATULLAH

        Kamisah bt Yunus ahli PESUTM kembali kerahmatullah pada Hari Sabtu 22 September 2018 di Hospital Tun Aminah, Johor Bahru. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu, Kangkar Pulai.

        Allahyarhamah ialah bekas Pembantu Tadbir UTM dan pernah berkhidmat di Pejabat Pendaftar(Bahagian Akademik).

Pihak PESUTM mengucapkan takziah kepada kaum  keluarganya di atas pemergiannya dan berdoa agar roh Allahyarhamah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Alfatihah.

————————————————————————————————————————————————————————

PENEMUAN OLEH ROS

       Hasil pengauditan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)pada 18 September 2018 terhadap PESUTM  beberapa penemuan diperolehi.  Diantaranya:     

  1. Undang-Undang atau Perlembagaan PESUTM

yang kemaskini tidak dimasukkan dalam Sistem EROSES atau Sistem Berkomputer Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

  1. Dalam daftar atau senarai ahli tidak dimasukkan data nama tempat/tarikh lahir dan pekerjaan terakhir.
  2. Yuran masuk jangan dicampurkan dengan sumbangan lain.
  3. Lantikan 2 AJK oleh Yang Dipertua mesti terdiri daripada ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan.  
  4. Simpanan Tetap mesti dimasukkan dalam EROSES di bawah tajuk Aset Tetap.
  5. Sumbangan untuk meminta dana daripada ahli mesti diwar-warkan semasa Mesyuarat Agung.

Dana tidak boleh diperolehi melalui hubungan secara individu.

  1. Persatuan tidak boleh digunakan sebagai laluan untuk mengumpul dana untuk tujuan diderrma- kan atau disumbangkan kepada pihak lain.
  2. Perlembagaan mesti dimasukkan juga Yuran Ahli Secara Bulanan atau Tahunan atau Yuran Ahli Seumur Hidup . Ahli diminta memilih. Pungutan hanya  merangkumi Yuran Masuk sahaja tidak dibenarkan.
  3. Data Kewangan yang dimasukkan dalam EROSES tidak selari atau sama dengan Penyata Kewangan Tahunan yang di audit.

————————————————————————————————————————————————————————

BEBERAPA AHLI DI LANTIK AJK/PK/PA

      Lima Ahli di lantik sebagai AJK/ Pemeriksa Kira-Kira/Pemegang Amanah berkuatkuasa 13 September 2018 iaitu bagi menggantikan mereka yang mengundur  diri. Mereka ialah:

  1. Ismail bin Ibrahim sebagai AJK.
  2. Mohammad Sabri bin Salleh sebagai Pemegang Amanah untuk menggantikan En. Ismail bin Ibrahim.
  3. Ramli bin Majun sebagai AJK.
  4. Jaafar bin Shafie sebagai AJK/Pengerusi Biro Khidmat Profesional. Sebelum ini En Jaafar ialah  Pemeriksa Kira-Kira.
  5. Ahmad bin Said sebagai Pemeriksa Kira.

    Sebelum ini En. Kasiran bin Saman yang memegang jawatan Pengerusi Biro Khidmat  Profesional di lantik sebagai Pengerusi Biro Keahlian.