PRO-CANSELOR HADIR MAJLIS RAYA PESUTM KUALA LUMPUR

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Noor,  Pro-Canselor UTM hadir di Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Pesara UTM(PESUTM) pada  hari Sabtu 15 Julai 2017.

        Majlis diadakan bertempat di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, kampus UTM KL dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang yang dihadiri oleh lebih 150 tetamu termasuk ahli/isteri/suami dan bukan ahli.

         Turut memeriahkan majlis ialah Y.Bhg. Dato’ Dr. Muhammad Ridzuan bin Salleh yang juga mantan Pro-Canselor/Naib Canselor UTM,  Prof. Emeritus Dr. Ismail Kailani Yang Dipertua PESUTM, Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr.Mohd. Noor bin Salleh mantan Yang Dipertua, Y.Bhg. Dr. Mohd.  Said bin Mat Lela mantan Naib Canselor UMP, Y.Bhg. Datuk Abdullah bin Mohd. Ali mantan ADUN Bukit Naning, Muar, Johor,  Sdr. Ismaal bin Samat S/U PESUTM dan para pesara dan bekas staf UTM.

         PESUTM mengucapkan terima kasih kepada AJK PESUTM KL iaitu Puan Musrinah bt Umar dan Encik Mat Zahir bin Bahari dan yang lain yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

YPKM ADA PERANCANGAN UNTUK PARA PESARA

“Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia(YPKM) yang merupakan induk kepada persatuan-persatuan pesara di negara ini ada perancangan sendiri untuk manfaat atau faedah para pesara”.

          “Di antaranya ialah YPKM akan memperjuangkan agar kadar bayaran pencen dinaikkan kepada 3% setiap tahun,  membina Bandar Yayasan dan Hospital Pesara di Putrajaya dan sebagainya”.

            Perkara di atas dinyatakan oleh Yang Dipertua semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Raya PESUTM pada 12 Julai 2017.

            Perancangan di atas katanya telah dimaklumkan sendiri oleh Yang berbahagia Tan Sri Aseh bin Che Mat , Presiden YPKM dalam  Majlis Dailog TN50 yang diadakan pada 2 Mei 2017 bertempat di Dewan Mahkota 2, Hotel Istana, Kuala Lumpur. Yang Dipertua hadir di majlis dialog tersebut.

ALAMAT LAMAN WEB PESUTM

Alamat laman Web Persatuan Pesara UTM (PESUTM ) ialah pesara.utm.my.

PROF.MADYA DR.DAUT BIN DAMAN KEMBALI KERAHAMATULLAH

Prof. Madya Dr. Daut bin Daman kembali kerahmatullah pada hari Rabu 7 Ogos 2017 di King Abdul Aziz University Rabigh Saudi.  Allahyarham ialah ahli PESUTM dan mantan staf akademik Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM) UTM.

         Allahyarham dipinjamkan oleh UTM ke Universiti berkenaan tetapi selepas itu beliau memohon diserap tetap menjadi staf akademik di Universiti tersebut.  Jenazahnya dikebumikan di Jeddah,  Saudi Arabia.

        PESUTM mengucapkan takziah kepada kelurganya dan berdoa agar rohnya ditempatkan bersama orang yang beiman. Al Fatihah.

YANG DIPERTUA LANTIK DUA AHLI SEBAGAI AJK

          Dua orang ahli iaitu Puan Noraidah bt Bakri dan Encik Md Zahir bin Bahari dilantik oleh Yang Dipertua untuk menganggotai  Ahli Jawatankuasa PESUTM 2017/2019 berkuatkuasa mulai 26 Mac 2017.

          Perlantikan ini adalah selaras dengan kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan PESUTM  Fasal 9(a).

          Selaras dengan ini juga Puan Noraidah bt Bakri telah di lantik sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita dan Encik Md Zahir bin Bahari sebagai Naib Pengerusi Biro Kuala Lumpur.

YANG BHG.DATUK  DR. WAHID BIN OMAR NAIB CANSELOR HADIR MAJLIS RAYA PESUTM JB

Yang Berbahagia Datuk Dr.Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Pesara UTM(PESUTM) yang diadakan pada hari Rabu 12 Julai 2017 mulai jam 10.00 pagi.

        PESUTM mengucapkan syabass kerana beliau sudi hadir sekali pun kehadirannya agak lewat kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

        Majlis Sambutan Hari Raya anjuran PESUTM JB yang diadakan di Dewan Astana KTC UTM, turut dihadiri oleh lebih 130 tetamu termasuk  ahli, isteri/suami dan bukan ahli. Turut hadir ialah Y.Bhg.Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani Yang Dipertua, Encik Mohd. Yunos bin Dahlan Naib Yang Dipertua dan AJK PESUTM.

         PESUTM mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan ahli yang membuat persiapan bagi menjayakan majlis di atas.

PESUTM  ADALAH PERSATUAN PERINGKAT KEBANGSAAN-YANG DIPERTUA

        “Persatuan Pesara UTM(PESUTM) adalah sebuah persatuan yang diiktiraf sebagai persatuan  perigkat kebangsaan”.

          Demikian ditegaskan oleh Profesor Emeritus Dr. Ismail bin Kailani, Yang Dipertua PESUTM ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Raya PESUTM JB pada 12 Julai 2017.

           “Keahlian PESUTM adalah terbuka kepada para pesara dan bekas staf UTM/ITK/MT diseluruh Negara. Dengan itu  ada yang berpendapat PESUTM adalah persatuan peringkat negeri adalah kurang tepat.  Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia(YPKM) juga telah menyenaraikan PESUTM sebagai persatuan peringkat kebangsaan”.

YANG DIPERTUA  DAN SETIAUSAHA HADIR HARI KELUARGA UTM

         Prof.Emeritus Dr. Ismail bin Kailani, Yang Dipertua dan En. Ismaal bin Samat, Setiausaha hadir Hari Keluarga UTM yang diadakan pada hari Sabtu 5 Ogos 2017 mulai jam 7.45 pagi bertempat di Stadium Azman Hashim UTM Johor Bahru. Hari Keluarga UTM dikhaskan untuk staf UTM.

           Beberapa upacara dan aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan hari tersebut.  Majlis dirasmikan oleh Yang Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM.

KUMPULAN WHATSAPP PESUTM JOHOR BAHRU

Bagi memudahkan  urusan komunikasai di antara semua ahli,  PESUTM telah membangunkan kumpulan whatsapp untuk ahli Johor Bahru dan sekitarnya. Ianya ditadbirkan oleh En. Ismaal bin Samat, S/U dan En. Faiez bin Samsudin, AJK PESUTM.

       Untuk itu PESUTM mengariskan Panduan dan Peraturan untuk diikuti oleh semua ahli. Ianya berkuatkuasa mulai 14 Julai 2017. Diantaranya seperti berikut:

  1. PESUTM ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1965 melalui Pejabat Pendaftaran Pertubuhan(ROS). Maka ianya tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam Akta.
  2. Whatsapp PESUTM hanyalah untuk menyalur kan aktiviti PESUTM, bertukat maklumat, kematian, jemputan dan makluman lain yang sesuai dan sebagai pentas diskusi mengenai ekonomi, kesihatan dan sosial.
  3. Segmen politik atau apa bentuk yang bersifat politik yang boleh mengundang pergeseran dan salah faham tidak dibenarkan untuk disiarkan, di sebar, di catat atau diwar-warkan.
  4. Perihal agama dalam teks yang panjang yang melebihi dua para atau video tidak digalakkan kerana ada grup, forum atau saluran lain yang boleh digunakan.
  5. Whatsapp PESUTM tidak boleh digunakan sebagai platform untuk menyebar sebarang iklan atau sebaran palsu yang boleh memungkinkan ia melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588).
  6. Ahli yang mengguna whatsapp PESUTM perlu menjaga moral dan adab dalam grup dan gunakanlah whatsapp ini untuk mengeratkan hubugan sailaturahim.
  7. Whatsapp PESUTM tidak boleh digunakan untuk “memaparkan infomasi pornografi, berita tidak benar, fitnah, hasutan, penipuan dan paparan yang tidak sesuai iaitu selaras dengan larangan seperti dalam Akta 588”.

Makluman Untuk Ahli GrupMaklumat yang di paparkan oleh individu di dalam grup bukan tanggungjawab PESUTM atau para admin yang diamanahkan, sebaliknya adalah tanggungjawab individu dalam grup ini”.