UTM AKAN BANTU-NAIB CANSELOR UTM “UTM InsyaAllah akan membantu apa sahaja permohonan atau permintaan daripada Persatuan Pesara UTM (PESUTM) asalkan ianya tidak bertentangan dengan peraturan Universiti dan undang-undang sedia ada”. Demikian ditegaskan oleh Y.Bhg.Profesor Datuk Ir.Dr.Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM dalam alu-aluannya di majlis perbincangan yang diadakan di antara UTM dan Persatuan Pesara UTM (PESUTM) pada 22 Jun 2014. Perbincangan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Sultan Ibrahim, Kampus UTM Skudai. Di antara permintaan yang dipohon oleh Pesatuan diantaranya adalah seperti berikut: a. Menubuhkan Unit Pesara/Pegawai Khas untuk mengendalikan urusan para pesara . b.Menyediakan ruang pejabat untuk PESUTM. c. Memberikan kemudahan perubatan percuma kepada isteri/suami pesara yang mendapat rawatan di Pusat Kesihatan UTM. d.Melantik pesara yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam Jawatankuasa dan Panel di peringkat Universiti/Jabatan/Fakulti. e. Menimbangkan secara khas supaya ahli Persatuan yang mempunyai syarikat berwibawa memperolehi projek atau kerja-kerja di UTM.
DUA ORANG AHLI KEMBALI KERAHMATULLAH Dua orang ahli Persatuan Pesara UTM iaitu Allahyarham Haji Muhamad Sairaji bin Suhadi dan Allahyarham Abdul Aziz bin Kidam telah kembali kerahmatullah. Kedua-duanya tinggal di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru. Allahyarham Haji Muhamad Sairaji bin Suhadi meninggal dunia pada 14 Mei 2014 manakala Allahyarham Abdul Aziz bin Kidam pada 19 Mei 2014. Kedua-duanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu, Kangkar Pulai, Johor. Persatuan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga masing-masing dan marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman, Alfatihah.
PESUTM PERLUKAN SUMBANGAN KEWANGAN PESUTM memerlukan banyak sumbangan kewangan atau derma daripada semua ahli Persatuan. Persatuan sebenarnya tidak boleh mengharapkan sumber kewangan Bayaran Masuk yang diterima daripada ahli yang dibayar sekali sahaja semasa mereka mendaftar menjadi ahli. PESUTM berbeza dengan Persatuan lain yang mana mereka menerima bayaran yuran daripada setiap ahli pada tiap-tiap bulan. Dalam masa hampir 4 tahun PESUTM ditubuhkan, PESUTM hanya mampu mengumpulkan dana sebanyak lebih kurang RM20,000.00 sahaja. Oleh itu PESUTM merayu kepada ahli-ahli yang berkemampuan dan ingin menderma agar dapat menyumbang khususnya kepada Tabung Kebajikan Persatuan. Sumbangan yang diberikan sekurang- kurangnya dapat membantu kawan-kawan kita yang sakit atau ditimpa musibah seperti kematian, kemalangan dan sebaginya. Sumbangan dengan cek hendaklah di atas nama Persatuan Pesara UTM.
KURSUS KEMAHIRAN PERSEMBAHAN EFEEKTIF Pihak Persatuan melalui Biro Khidmat Profesional telah mengendalikan Kursus Kemahiran Persembahan Efektif atau ‘Power Presentation Skills’ anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM daripada 9-11 Jun 2014. Kursus yang dikhaskan untuk tenaga akademik UTM diadakan di Bilik Seminar 3, Pusat Latihan UTM. Tuan Haji Mohd.Salleh bin Mohamed, Pengerusi Biro Khidmat Profesional PESUTM telah di beri peranan untuk mengendalikan keseluruhan kursus berkenaan.
AHLI PERSATUAN DIPELAWA MENYEDIAKAN MODUL LATIHAN Ahli Persatuan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menyediakan modul latihan dipelawa menyediakannya. Mereka boleh berhubung dengan Haji Ismaal bin Samat, Timbalan Pendaftar atau Haji Abdul Jalil bin Maulani, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM. |
TAHNIAH DARIPADA PESUTM Persatuan Pesara UTM(PESUTM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.Bhg.Profesor Datuk Ir.Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM kerana dianugerahkan bintang kebesaran Panglima Jasa Negara(J.P.N) yang membawa gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung bersempena hari jadi Baginda pada 7 Jun 2014. Persatuan berharap dengan penganugerahan berkenaan akan menjadi pendorong kepada Yang Berbahagia Datuk khasnya dan staf lain amnya untuk merealisasikan Visi UTM untuk menjadi IPTA yang unggul dan berwibawa dalam bidang teknologi, bukan sahaja di peringkat kebangsaan bahkan di peringkat antarabangsa, InsyaAllah.
DATO’ MANSUR IBRAHIM MENYUMBANG RM1000.00 Y.Bhg.Prof.Dato’ Dr.Mansur bin Ibrahim, ahli Persatuan telah menyumbang RM1000.00 kepada Tabung Kebajikan Persatuan. Persatuan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan berkenaan dan hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas- nya. Semoga dengan sumbangan tersebut ia dapat menambah sedikit sebanyak dana dalam Tabung Kebajikan Persatuan yang khusus digunakan untuk meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh ahli-ahli dan keluarga ahli yang ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan, meninggal dunia dan sebagainya. TIDAK SEMUA AHLI DAPAT BANTUAN “ Tidak semua ahli layak menerima bantuan daripada Tabung Kebajikan PESUTM. Ini kerana PESUTM mempunyai dana yang terhad dan jika semua ahli dibantu PESUTM akan menghadapi masalah kewangan di masa hadapan”. Demikian menurut Yang Dipertua Persatuan Pesara UTM (PESUTM), Y.Bhg.Prof.Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr.Md.Noor bin Salleh. “Bantuan tidak diberikan secara automatik tetapi ia dipertimbang kan berasaskan kepada latarbelakang ahli serta keluarga dan diputuskan sendiri oleh Mesyuarat AJK PESUTM”. Perbincangan dengan Bahagian Pembangunan Modal Insan adalah penting bagi menentukan tajuk modul yang sesuai dan selari dengan kehendak atau keperluan pihak Universiti. Apabila Modul diterima ianya akan membolehkan pesara mengendalikan sendiri kursus berkenaan untuk staf Universiti atau pihak lain.
SELAMAT BERPUASA Yang Dipertua Persatuan, Y.Bhg.Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr. Md. Noor bin Salleh dan semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Pesara UTM (PESUTM) ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli Persatuan. Semoga amal ibadah tuan/puan diredahi dan diterima oleh Allah s.w.t jua, InsyaAllah.
SAMBUTAN HARI RAYA PESUTM 1435H Sambutan Hari Raya PESUTM tahun 1435H dijangka akan diadakan pada 15 Ogos 2014 hari Jumaat mulai jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Astana KTC iaitu bagi ahli yang tinggal di Johor Bahru dan sekitarnya dan pada 17 Ogos 2014 hari Ahad mulai jam 2.30 petang bertempat di Dewan Banquet, atas Dewan Besar bagi ahli yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Kedua-dua tarikh ini di putuskan oleh Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan(PESUTM) pada 22 Jun 2014. Surat jemputan akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi. Oleh itu AJK menyeru kepada semua ahli suami/isteri untuk turut serta. Semoga majlis sambutan untuk kali ini akan lebih meriah.
KERJASAMA DENGAN SYARIKAT Persatuan bercadang akan mengadakan kerjamasa dengan mana-mana syarikat terutamanya syarikat kepunyaan ahli. Kerjasama yang dimaksudkan di sini ialah bukan bermaksud Persatuan akan terlibat dengan perniagaan. Bagi tujuan ini satu deraf terma dan syarat sedang disediakan oleh Pengerusi Biro Ekonomi , Tuan Haji Mohamed bin Abdullah dan Pengerusi Biro Khidmat Profesional, Tuan Haji Mohd. Salleh bin Mohamed. Apabila diluluskan kelak PESUTM akan mencari mana-mana syarikat berwibawa untuk bekerjasama dengan Persatuan. |