TERIMA KASIH PARA PESARA-NAIB CANSELOR UTM
“Terima kasih kerana dapat hadir Majlis Perutusan Naib Canselor tahun 2018”.
Demikian ditegaskan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM kepada wakil-wakil pesara yang menghadiri Majlis Perutusan bersempena tahun baharu 2018 pada hari Isnin 22 Januari 2018 bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM kampus UTM Johor Bahru .
Majlis dihadiri oleh hampir 3000 staf UTM dan para jemputan dari kalangan Pesara UTM, Alumni UTM, ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan para tetamu yang lain. Di majlis ini Naib Canselor menyampaikan amanatnya serta mengariskan pelbagai program yang perlu dilaksanakan dan cabaran-cabaran yang dihadapi bagi menghadapi tahun 2018.
Beliau turut terharu “kerana para pesara UTM terus memberi sokongan yang padu kepada UTM yang mengambarkan bahawa hati sanubari mereka masih dengan UTM”.
SUMBANGAN TAMBAHAN UNTUK MAAHAD TANWIRIAH LILBANAT MUAR
. PESUTM menghulurkan drema tambahan sebanyak RM1000.00 kepada Maahad Tanwiriah Lilbanat Muar yang disumbangkan oleh seorang ahli PESUTM. Derma kali kedua ini adalah sebagai tambahan kepada sumbangan yang telah diberikan pada 27 Disember 2017
Derma disampaikan oleh Yang Dipertua PESUTM Y.Bhg. Prof.Emeritus Dr. Ismail bin Kailani kepada Ustaz Selamat bin Hashim, Pengerusi Jemaah Pengelola Maahad berkenaan pada 22 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengajian Prasiswazah UTM.
ABDUL AZIZ BIN HUSSIN KEMBALI KERAHMATULLAH
Dr.Abdul Aziz bin Hussin ahli PESUTM kembali kerahmatullah pada 23 Januari 2018 dan jenazahnya di kebumikan di Melaka. Allahyarham adalan mantan pensyarah FKKSA UTM.
PESUTM mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dan derdoa semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al Fatihah.
YDP/AJK/AHLI HADIR MAJLIS PERUTUSAN NAIB CANSELOR
Beberapa orang Ahli Jawatankusa PESUTM dan ahli PESUTM hadir di Majlis Perutusan Naib Canselor UTM 2018.
Mereka ialah:
- Emeritus Dr. Ismail bin Kailani – Yang Dipertua PESUTM.
- Mohd. Yunos bin Dahlan – Naib Yang Dipertua.
- Ismaal bin Samat – Setiausaha.
- Khalid bin Mazlan – Penolong Setiausaha.
- Raja Faredah bt Raja Ismail – Bendahari.
- Kasiran bin Saman.
- Kasumabahri Masjuriah bt Baharum Basar.
- Ruseli bt Md. Noh.
- Ustaz Selamat bin Hashim.
Majlis diadakan pada 22 Januari 2018 bertempat di Dewan Sultan Iskanadar, kampus UTM Johor Bahru.
RAMLI LATIF KEMBALI KERAHMATULLAH
Ramli bin Latif ahli PESUTM kembali kerahma -tullah pada 3 Januari 2018 hari Sabtu di rumahnya Taman Universiti Skudai. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Melaka. Allahyarham adalah bekas staf Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM JB.
PESUTM mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dan berdoa semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al Fatihah.
SUMBANGAN UNTUK KELUARGA ALLAHYARHAM RAMLI
PESUTM menghulurkan sumbangan derma ikhlas sebanyak RM1500.00 kepada keluarga Allahyarham Ramli bin Latif. Sumbangan adalah hasil pungutan daripada ahli-ahli PESUTM. Kepada para penyumbang PESUTM mengucapkan terima kasih dan hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga Allahyarham. Sumbangan disampaikan kepada anak Allahyarham pada 17 Januari 2018 oleh isteri Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial, Sdr. Ruseli bin Md. Noh.
SAMBUTAN MAJLIS REUNION PESARA ITK-UTM MERIAH
Majlis Reunion Pesara ITK-UTM yang diadakan julung kalinya pada hari Ahad 4 Mac 2018 mulai jam 11.45 pagi-2.00 petang bertempat di Dewan Alumni UTM Johor Bahru mendapat sambutan yang begitu meriah dari kalangan para pesara. Lebih 186 orang (ahli dan bukan ahli) hadir.
Sambutan bertemakan ‘TAUTAN UKHUWAH DAHULU, KINI DAN SELAMANYA’. Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM.
Turut hadir ialah Y.Bhg. Dato’ Wan Zawawi bin Abdul Rahman Pendaftar UTM dan Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani YDP PESUTM. Di majlis ini mereka yang hadir mengambil kesempatan bertanya khabar dan mengenang kembali nostalgia semasa berkhidmat .
TIADA YANG LAMA, MAKA TIADA YANG BARU’- NAIB CANSELOR UTM
- Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM dalam ucapan perasmian Majlis Reunion Pesara ITK/UTM 2018 pada 4 Mac 2018 mengungkap- kan “ Tiada Yang Lama, Maka Tiada Yang Baru”.
“Unkapan ini sangat wajar menjadi pedoman kepada orang baru bahawa pengalaman orang lama patut diambil sebagai pengajaran”.
“Kehadiran para pesara ITK/UTM pada pagi ini mengambarkan bahawa pesara masih cintakan dan sayangkan UTM. Ini adalah satu barakah kepada UTM. Semangat mereka nampaknya masih membara. Situasi ini akan membawa kelebihan kepada UTM”.
Katanya lagi“Pencapaian UTM kepada kedudukan ke 53 (2018) daripada 90(2017) dalam ‘QS World University Ranking by Faculty Engineering and Technology’ adalah hasil kerjasama semua pihak’.
PESUTM DAPAT SUMBANGAN RM1576.00
Melalui Tabung Bergerak sempena Mesyuarat Agung PESUTM Kali Ke 7 dan Majlis Reunion Pesara ITK/UTM 2018 pada 4 Mac 2017 sebanyak RM1576.00 dapat di pungut daripada hadirin yang hadir.
PESUTM ADALAH SUARA PESARA-YDP
“PESUTM adalah suara yang mewakili para pesara UTM”. Demikian ditegaskan oleh Prof.Emeritus Dr.Ismail bin Kailani Yang Dipertua PESUTM ketika berucap di majlis Perasmian Mesyuarat Agung Ke 7.
Dengan itu katanya pesara boleh menyalorkan apa-apa masalah yang dihadapi untuk dibincangkan dengan pihak UTM. Untuk itu katanya PESUTM akan senantiasa berhubung rapat dengan pihak pentadbiran UTM.
PROGRAM FREE MARKET
PESUTM bersama Persatuan Orang Buta Malaysia dan Free Market Johor telah menganjurkan program ‘free market’ bertempat di Blok L 50 UTM pada hari SABTU 24 Februari 2018. Program yang diadakan adalah bertujuan memberikan bekalan keperluan harian secara percuma kepada orang-orang OKU.
Seramai 200 orang hadir. Program pengagihan bekalan turut di bantu oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UTM dan UNIKL. PESUTM di wakili oleh En. Ismaal bin Samat, S/U PESUTM.
MESYUARAT AGUNG PESUTM KE 7 BERJALAN LANCAR
Mesyuarat Agung PESUTM Ke 7 yang diadakan pada Ahad jam 8.30 pagi-11.30 pagi 4 Mac 2018 di Dewan Alumni UTM berjalan dengan lancar. Mesyuarat dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Wan Zawawi bin Abdul Rahman Pendaftar UTM yang mewakili Naib Canselor UTM. Seramai 141 orang ahli hadir.
Di antara agenda yang dibicangkan ialah meluluskan Minit Mesyuarat Agung Ke 6 yang diadakan pada 25 Februari 2017, menerima dan meluskan Laporan Tahunan 2017, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan pembentangan usul.
Beberapa usul yang dibentangkan untuk di kaji ialah meningkatkan sumbangan derma ikhlas kepada ahli yang kembali kerahmatullah dengan kaedah mengutip yuran tahunan, menyediakan ‘directory’ ahli yang mengandungi butiran alamat dan mengalakkan pesara menulis buku dan sebagainya.
PROGRAM AMAL BAKTI-PENDAFTAR UTM
“UTM telah mengadakan Program Amal Bakti. Tujuannya ialah untuk memberi ruang kepada sesiapa sahaja termasuk pesara untuk membuat amal bakti”.
Demikian dinyatakan oleh Y.Bhg.Dato’ Wan Zawawi bin Abdul Rahman Pendaftar UTM semasa merasmikan Mesyuarat Agung PESUTM kali Ke 7 pada pagi 4 Mac 2018 bertempat diDewan Alumni UTM.
“Dengan ini beliau berharap kepada pesara dan bekas staf UTM yang ingin melaksanakan program sukarela tanpa bayaran boleh menghuhungi Universiti”.