DR.ISMAIL KAILANI DI PILIH YANG DIPERTUA PESUTM 2017/2019

    Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dr. Ismail bin Kailani di pilih  oleh ahli PESUTM  sebagai Yang Dipertua Persatuan Pesara UTM (PESUTM) yang baharu iaitu bagi sesi 2017/2019.

Pemilihannya di buat semasa Mesyuarat Agung Ke Enam (Ke 6) PESUTM yang diadakan pada hari Sabtu 25 Februari 2017 bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor (KTC), UTM, Johor Bahru, JOHOR.

Beliau menggantikan Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh.

Mesyuarat Agung kali ini dihadiri oleh kira-kira 50 orang ahli PESUTM  dan  dirasmikan oleh Yang Berbahagia Haji Wan Mohd. Zawawi bin Abd. Rahman, Pendaftar UTM yang mewakili  Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM.


PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU 2017/2019

       Mesyuarat Agung Ke Enam(Ke 6) yang diadakan pada 25 Februari 2017 memilih Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2017/2019.  Pemilihan tersebut adalah selaras dengan peruntukkan Perlembagaan PESUTM  yang memperuntukkan  bahawa pemilihan Ahli Jawatankuasa hendaklah di buat setiap dua tahun sekali.

Mereka yang terpilih adalah seperti berikut:

Yang Dipertua: Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani.

Naib Y.Dipertua: Mohd. Yunos bin Dahlan.

Setiausaha:  Ismaal bin Samat.

Penolong Setiausaha: Khalid bin Mazlan.

Bendahari: Raja Faredah bt Raja Ismail.

Penolong Bendahari: Surani bt Pardi.

Ahli Jawatankuasa:

  1. Kasiran bin Saman.
  2. Mudzakir bin Mohd. Azib.
  3. Musrinah bt Umar.
  4. Kasumabahri Masjuriah bt Baharum Basar.
  5. Wan Hasan bin Wan Abdullah.
  6. Roslan bin Mohd. Radzi.
  7. Dr. Ahmad Kamal bin Idris.
  8. Faiez bin Samsudin.
  9. Ruseli bin Md. Noh.

Pemeriksa Kira-Kira:

  1. Zakaria bin Bahari.
  2. Abd. Jaafar bin Shafie

Pemegang Amanah:

  1. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh.
  2. Ismail bin Ibrahim.
  3. Hazil bin Abd. Hamid

UTM BERI KEMUDAHAN YANG TERMAMPU – PENDAFTAR

     “UTM akan terus memberi  kemudahan kepada para pesara mana yang termampu. Kemudahan yang di beri dimaklumkan dalam Buku Panduan Kemudahan Pesara UTM”.  Demikian tegas Pendaftar UTM, Haji Wan Mohd. Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke Enam pada 25 Februari 2017 bertempat di Dewan Astana KTC.

Menurutnya lagi dalam keadaan masakini UTM    menerima peruntukkan Kerajaan yang semakin mengecil dan UTM dikehendakki untuk menjana pendapatannya sendiri.

Akibat daripadanya ramai staf kontrak di tamatkan perkhidmatan atau dipendekkan kontrak dan sebagai -nya. Beberapa langkah juga di ambil diantaranya menjimatkan perbelanjaan, fokus utama kepada kewangan , kemudahan kepada staf dikurangkan, penjimatan air dan elektrik, menjana pendapatan di –antaranya menjadikan Kolej Tun Ghafar Baba sebagai Hotel Tiga Bintang dan sebagainya.

Oleh itu beliau menyeru kepada para pesara yang di beri kemudahan perubatan dan rawatan di Pusat Kesihatan UTM supaya dapat menggunakannya dengan sebaiknya.


TERIMA KASIH UTM – YANG DIPERTUA

      Y.Dipertua PESUTM 2015/2017, Yang Berbahagia Prof.Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh mengucapkan terima kasih di atas nikmat yang diberikan oleh UTM dari masa kesemasa.  UTM  selama ini telah memberi sokongan yang padu kepada PESUTM.

Demikian sebahagian ucapan Y.Bhg. Dato’ di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Ke Enam(Ke 6) PESUTM pada 25 Februari 2017.

Menurutnya  “Pesara sebenarnya yang memberi asas  kepada kejayaan UTM dan dengan ini sangat wajar UTM memberikan ‘testimony’ atau penghargaan kepada pekerja-pekerja yang berkhidmat  terdahulu. UTM  katanya lagi kini telah pergi jauh kedepan dan telah mencapai ‘ranking’dunia  dan mendapat pengiktirafan yang tinggi”


TERIMA KASIH KEPADA YANG DIPERTUA  2015/2017 DAN AHLI JAWATANKUASANYA – YANG DIPERTUA 2017/2019

     Yang Dipertua PESUTM 2017/2019, Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan Yang Dipertua PESUTM 2015/2017,  Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir. Dr. Md. Noor bin Salleh di atas sumbangan yang diberikan di sepanjang menyandang jawatan Yang Dipertua.  Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasanya.

Demikian ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua baharu sebagai menutup kepada Mesyuarat Agung Ke Enam yang berlangsung pada 25 Februari 2017.

Katanya lagi terlalu banyak sumbangan yang diberikan oleh Yang Berbahagia Dato’ sehingga PESUTM kini berada dalam keadaan teguh.  Yang Berbahagia Dato’ sebenarnya telah menyandang jawatan Yang Dipertua mulai PESUTM ditubuhkan secara sementara atau Protem Committee lagi pada tahun 2010/2011.

Oleh itu beliau berharap akan mendapat sokongan yang sama dari semua ahli PESUTM.  Oleh itu beliau mahu ahli-ahli jawatankuasa 2017/2019 dapat  bekerja dengan gigih serta bergerak ke depan untuk memboleh- kan matalamat penubuhan PESUTM dapat di capai.


UTM LULUS SISTEM MAKLUMAT PESARA(SMP)

      UTM melalui Pejabat  Pendaftar telah meluluskan pembangunan sistem maklumat asas bakal pesara di dalam Sistem Maklumat Staf(SMS) di mana sebahagian maklumat akan dipindahkan ke Sistem Maklumat Pesara (SMP).  Melaluinya PESUTM dibenarkan mengemaskini maklumat seperti alamat, nombor telefon, kematian dan sebagainya dalam sistem tersebut.

Arahan telah pun di buat kepada pihak Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi(CICT) supaya sistem  di atas dapat dibangunkan.


BUKU PANDUAN KEMUDAHAN PESARA UTM TELAH DISIAPKAN

       Buku Panduan Kemudahan Pesara UTM telah di-siapkan oleh pihak Pejabat Pendaftar(BPO) UTM.  Dengan adanya buku tersebut  ianya boleh menjadi panduan kepada pesara bagi mengetahui kemudahan- kemudahan yang layak di beri oleh UTM.

Di antara kandungannya ialah mengenai kemudahan perubatan, kad pesara UTM, pelekat kenderaan, ruang dan sebagainya.

Pesara boleh melayari secara ‘on line’ iaitu di alamat http://registrar.utm.my/publication.


27 AHLI DAN PASANGAN MENYERTAI SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK

      Seramai 27 orang ahli dan pasangan telah menyertai skim takaful berkelompok Syarikat Takaful Malaysia. Di bawah skim berkenaan mereka yang ditimpa musibah akan menerima pampasan RM3500.00 dan bayaran pengkebumian RM500.00 sekiranya berumur bawah 65 tahun  dan RM500.00 sekiranya berumur lebih 65 tahun.

Mereka ialah:

  1. Asiah bt Jusoh.
  2. Hamidah bt Ab. Hamid.
  3. Syed Abu Bakar bin Syed Agil.
  4. Khalid bin Mazlan.
  5. Saad bin Labri.
  6. Siti Minah bt Mat Arip.
  7. Yati@Norriawati bt Zain.
  8. Ahmad bin Imbar.
  9. Enon bt Baba.
  10. Musrinah bt Umar.
  11. Raja Faredah bt Raja Ismail.
  12. Zakaria bin Bahari.
  13. Rohana bt Abdul Rahim.
  14. Yunos bin Dahlan.
  15. Robia bt Saruh.
  16. Surani bt Pardi.
  17. Aidid bin Hussin.
  18. Ismail bin Kailani.
  19. Zainab bt Othman.
  20. Kasiran bin Saman.
  21. Siti Asiah bt Abd. Ghani.
  22. Mudzakir bin Mohd. Azib.
  23. Saleha bt Meoun.
  24. Noh bin Main.
  25. Fuziah bt Mohammad.
  26. Siti Nur Azimah bt Hassan Basri.
  27. Abdul Jalil bin Sulaiman.

 

Sekiranya penama-penama di atas di timpa musibah seperti kematian atau kemusykilan yang berbangkit daripada penyertaan skim di atas sila berhubung dengan Bendahari PESUTM,  Raja Faredah bt Raja Ismail di talian 016 769 9480.

 

PENGERUSI BIRO DI LANTIK

  1. Khidmat Profesional– Kasiran bin Saman.
  2. Ekonomi– Kasumabahri Masjuriah.
  3. Kebajikan & Sosial-Roslan bin Mohd. Radzi.
  4. Hal Ehwal Wanita-Belum Di lantik.
  5. Infomasi-Mohamad Faiez bin Samsudin.
  6. Kuala Lumpur-Murrinah bt Umar.
  7. Keahlian-Mudzakir bin Mohd. Azib.