UTM PERLUKAN SOKONGAN PESARA-NAIB CANSELOR UTM
“Kita di UTM perlukan sokongan para pesara dalam usaha untuk memaju dan membangunkan UTM. Pesara mempunyai pengalaman yang luas serta memiliki kepakaran yang masih boleh digunakan oleh UTM”. Demikian ditegaskan oleh Y.Bhg.Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Pesara UTM (PESUTM) 1437H bagi ahli Johor Bahru dan sekitarnya pada hari Sabtu 30 Julai 2016 bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor (KTC), UTM. Seramai 40 orang ahli, para jemputan serta suami/isteri ahli hadir di majlis tersebut. Tambahnya “ Pengalaman luas serta kemahiran yang dimilikki oleh pesara, mereka boleh memberi pandangan, buah fikiran dan hala tuju khususnya dari segi perancangan dan pembangunan UTM di masa akan datang”. Katanya lagi “Mengurus UTM pada masa kini sangat mencabar dan banyak perkara yang perlu dilakukan. Ini bagi mempastikan UTM tidak ketinggalan. Di atas usaha gigih termasuk oleh mereka yang telah bersara, UTM kini menjadi contoh kepada institusi lain dalam sesetengah bidang”.
NORIAH BT HASSAN KEMBALI KERAHMATULLAH Seorang ahli PESUTM iaitu Puan Noriah bt Hassan yang tinggal di Taman Dawani, Senai telah kembali kerahmatullah pada hari Rabu 13 Julai 2016 bertempat di Hospital Melaka. Jenazahnya juga dikebumikan di Melaka. PESUTM mengucapkan takziah di atas pemergian beliau terutamanya kepada ahli keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Alfatihah.
SUMBANGAN KEPADA SAAD BIN LABRI PESUTM telah menyumbang sebanyak RM100.00 kepada seorang ahli iaitu En. Saad bin Labri. Beliau yang tinggal di Taman Teratai, Skudai, Johor Bahru kini menjalani rawatan dialysis. PESUTM mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan baik seperti sediakala. Kepada sesiapa yang ingin menderma kepada beliau boleh meghulurkan sumbangan berkenaan kepada mana-mana ahli Jawatankuasa PESUTM. |
MOHON DIPERCEPATKAN- SETIAUSAHA PESUTM
“UTM di minta mempercepatkan penerbitan Buku Panduan Pesara yang mengandungi maklumat untuk rujukan para pesara, serta memperincikan peraturan bekas staf yang layak mendapat kemudahan Rawatan Dialysis di Pusat Dialysis, Pusat Kesihatan UTM “. Demikian dinyatakan oleh Haji Kasiran bin Saman, Setiausaha ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya 1437H yang mewakili Yang Dipertua PESUTM. Katanya lagi “Penerbitan Buku Panduan Pesara telah pun di luluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti sejak sekian lama dan Rawatan Dialysis sebagaimana dilaporkan oleh media tempatan pada 25 Julai 2016, bekas staf UTM layak medapatkan rawatan di Pusat berkenaan”. “Dengan ini sama ada semua bekas staf layak mendapat rawatan termasuk staf yang meletakkan jawatan, tamat kontrak serta pesara KWSP atau pun hanya dikhaskan untuk pesara JPA sahaja”.
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAHLIL ARWAH-PENGERUSI BIRO PESUTM KL “Biro PESUTM Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil untuk Ahli PESUTM /Bukan Ahli yang kembali kerahmatullah pada hari Khamis malam Jumaat 16 Jun 2016 bertempat di Masjid UTM Kuala Lumpur”. “Seramai lebih 30 orang telah hadir . Di majlis ini juga mereka yang hadir telah menyumbang sebanyak RM650.00 untuk tujuan jamuan. Baki sebanyak RM150.00 disumbangkan kepada pihak Masjid”. Perkara di atas dinyatakan oleh Hajjah Musrinah bt Umar, Pengerusi Biro PESUTM Kuala Lumpur.
SUMBANGAN UNTUK TABUNG KEBAJIKAN PESUTM PESUTM masih mengalu-galukan sumbangan derma daripada semua ahli, bukan ahli atau pun daripada mana-mana pihak untuk mengisi Tabung Kebajikan. Ianya akan digunakan untuk mereka yang di timpa sakit, kemalangan, bencana alam atau apa-apa musibah yang menimpa. Kepada mereka yang ingin menderma boleh berhubung terus dengan mana-mana ahli J/kuasa PESUTM, atau menghantar cek atas nama Persatuan Pesara UTM atau pun ‘bank in’ kepada akaun Persatuan di Bank Muamalat 01080000670716. |
SAMBUTAN RAYA DI KUALA LUMPUR
Biro PESUTM Kuala Lumpur yang di ketuai oleh Hajjah Musrinah bt Umar dan di bantu oleh ahli-ahli jawatan kuasanya telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya 1437H bagi ahli-ahli yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Majlis diadakan pada hari Sabtu 16 Julai 2016 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, kampus UTM Kuala Lumpur. Majlis yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Professor Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr. Md. Noor bin Salleh, Yang Dipertua PESUTM menerima sambutan yang sangat menggalakan di mana lebih daripada 100 orang ahli dan bukan ahli hadir di majlis ini.
LAWATAN KE ISKANDAR MALAYSIA(IRDA) AJK PESUTM dan beberapa orang ahli PESUTM telah mengadakan lawatan ke Pejabat Iskandar Malaysia(IRDA), Johor Bahru bertempat di Danga Bay, JB. Lawatan diadakan pada hari Ahad 14 Ogos 2016 yang diketuai oleh Y.Bhg.Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr. Md. Noor bin Salleh, Yang Dipertua PESUTM. Tujuan lawatan ialah untuk mendengar taklimat mengenai pembangunan dan perancangan Wilayah Pembangunan Iskandar(IRDA). Taklimat disampaikan oleh En. Wan Muhamad Azuan bin Wan Muda, Vice President, Strategic Communications, IRDA. Sesi soal jawap(Q n A) juga diadakan. Lain-lain AJK dan ahli yang turut serta dalam lawatan ini ialah Kasiran bin Saman S/U PESUTM, Haji Ahmad bin Said, Hajjah Kasumabahri, En. Mohd.Yunos bin Dahlan, Dr.Ismail bin Kailani, Haji Ruseli bin Md. Noh, En. Ismaal bin Samat, Haji Mohamad Afifi Abdul Mukti, Haji Mohamed bin Abdullah, Dr. Setapah bin Ahmad, Haji Jamil bin Yusof dan Dr.Muhammad Sum bin Idris. PESUTM mengucapkan terima kasih kepada Haji Ahmad bin Said yang menyelaras serta mengatur lawatan tersebut.
JUMLAH KEAHLIAN Setakat 1 Jun 2016 seramai 380 orang telah menjadi ahli Persatuan Pesara UTM. Mereka terdiri daripada para pesara UTM/ITK/MT atau pun mereka yang pernah berkhidmat dengan UTM/ITK/MT. Untuk makluman sungguh pun nama persatuan ini di gelar sebagai Persatuan pesara Universiti Teknologi Malaysia (PESUTM) tetapi keahliannya, dibuka bukan sahaja untuk para pesara sahaja tetapi juga untuk mereka yang pernah berkhidmat di UTM/ITK/MT, sekali pun mereka hanya pernah berkhidmat sehari sahaja. Perkara ini terkandung dalam perlembagaan persatuan. |
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL DI MASJID BANDAR BARU UDA(BBU) JB
Pihak PESUTM melalui Biro Kebajikan dan Sosial yang diketuai oleh Haji Morsin bin Peraman menganjur -kan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil bertempat di Masjid Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada hari Sabtu malam Ahad 13 Ogos 2016 bersamaan 10 Zulkaedah 1437H. Majlis turut dihadiri oleh Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Wira Ir.Dr. Md. Noor bin Salleh, Yang Dipertua PESUTM. Lebih 30 orang ahli dan bukan ahli PESUTM serta staf UTM yang tinggal di Bandar Baru UDA hadir di Majlis ini. Dalam ucapannya kepada para Jemaah yang hadir, Yang Berbahagia Dato’ memaklumkan tujuan tahlil ini diadakan di samping untuk disedekahkan kepada ahli-ahli PESUTM serta para pesara/staf UTM di BBU yang telah kembali kerahmatullah, ianya juga untuk merapat- kan hubungan di antara PESUTM dengan penduduk di kawasan BBU. Ini kerana difahamkan ramai di kalangan staf UTM yang tinggal di kawasan BBU.
PESARA DI JEMPUT MENYERTAI SENAMROBIK Ahli-ahli PESUTM dan pesara UTM di jemput untuk menyertai Senamrobik di bawah Program Gaya Hidup Sihat anjuran pentadbiran UTM yang diadakan setiap pagi hari Rabu jam 7.45 pagi-8.45 pagi bertempat di Stadium UTM. Jemputan turut dinyatakan oleh Y.Bhg.Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya PESUTM 1437H pada 30 Julai 2016. Dengan ini kepada ahli PESUTM yang ingin turut serta dipersilakan hadir di Stadium berkenaan pada hari dan masa yang ditetapkan.
PELEKAT KENDERAAN(CAR STICKERS) UTM Pihak UTM telah siap mencetak Pelekat Kenderaan (Car Stickers) yang dikhaskan untuk ahli/pesara UTM bagi Sesi 2016/2017. Dengan ini kepada mereka yang berhajat di minta mendapatkannya daripada Pejabat Keselamatan UTM. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM2.00 bagi setiap kenderaan. Had yang dikenakan ialah 2(dua) kenderaan iaitu ahli/pesara dan suami/isteri ahli/pesara . Pemohon dikehendaki mengisi borang dan membawa maklumat seperti salinan geran kenderaan yang berkaitan.
LAMAN WEB PESUTM Sila layari Laman Web persatuan di alamat ‘pesara.utm.com’. Pelbagai maklumat boleh diperolehi daripada Laman Web berkenaan. Ini termasuk perlembagaan, aktiviti, bulletin dan sebagainya. |