KAUNTER KHAS
Kaunter khas untuk Pesara dan warga emas UTM telah diwujudkan.
Ianya sedang dipenambahbaikan dari semasa ke semasa. Jangkaan siap sepenuhnya pada
akhir tahun. Pihak Klinik UTM memohon maaf jika terdapat sebarang masalah semasa dalam proses tersebut.
PEMBELIAN UBAT
Mengikut peraturan, semua ahli persara suami/isteri dibenarkan mendapatkan rawatan percuma
di Hospital Kerajaan. Sekiranya ubat tidak dapat dibekalkan, ahli dikehendaki membeli sendiri
di farmasi dengan menggunakan wang sendiri dan boleh membuat tuntutan kepada Pendaftar UTM
dengan menyertakan resit asal dan surat perakuan doktor.
RAWATAN ‘DIALYSIS ATAU RAWATAN BUAH PINGGANG
Di Pusat Kesihatan terdapat 5 buah mesin ‘dialysis’. Setiap mesin boleh merawat 4 pesakit secara
serentak. Pesara yang mempunyai masalah berkaitan bolehlah merujuk kepada Pusat Kesihatan UTM.
ALAT BANTUAN KEPADA PESAKIT
UTM memang ada menyediakan kemudahan seperti kerusi roda, tongkat dan lain-lain kepada pesara,
staf dan mahasiswa secara percuma. Ianya diberikan berasaskan pinjaman. Kepada yang berhajat
bolehlah berhubung terus dengan Pusat Kesihatan UTM.