RANCANG SEBELUM BERSARA – NAIB CANSELOR UTM

“Rancanglah masa depan sebelum bersara”. Itulah pesanan dan permintaan Yang Berbahagia Prof.Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM semasa menyampaikan aluan di majlis kunjungan hormat ahli-ahli Jawatankuasa  Persatuan Pesara UTM(PESUTM) 2017/2019 pada hari Ahad 14 Mei 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Naib Canselor UTM.

Menurutnya “UTM  pada masa ini tidak lagi mempunyai kemampuan terutamanya dari segi kewangan kerana menerima peruntukkan yang agak terbatas daripada pihak Kerajaan. UTM perlu menjana sendiri sebahagian daripada kewangannya  untuk membiayai sebahagian program dan projek yang dirancang untuk dilaksanakan”.

Dengan ini jika staf dapat merancang masa depan  masing-masing misalnya melibatkan diri dalam perniagaan atau sebagainya selepas bersara,  mereka pastinya tidak terlalu bergantung kepada pihak UTM atau Kerajaan untuk mendapatkan kemudahan perubatan atau rawatan kesihatan di Pusat Kesihatan UTM atau pun lain-lain kemudahan yang berkaitan.

 

YANG DIPERTUA HADIRI FORUM TN50

Prof. Emeritus Dr.  Ismail bin Kailani, Yang Dipertua PESUTM telah menghadiri Forum TN50 yang dikhaskan untuk pesara pada 2 Mei 2017 bertempat di Dewan Mahkota 2, Hotel Istana, Kuala Lumpur mulai jam 9.00 pagi.

Tujuan forum atau majlis dialog ini adalah bertujuan untuk mendapatkan idea-idea atau buah fikiran daripada pesara sendiri yang berkait rapat dengan kehidupan atau kebajikan masa depan para pesara.

Forum diselaraskan oleh Yang Berhomat  Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

 

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL DI MASJID UTM KUALA LUMPUR

PESUTM menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil selepas Solat Magrib pada hari Khamis malam Jumaat 25 Mei 2017. Majlis diadakan bertempat di Masjid UTM Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ahli-ahli PESUTM dan bukan ahli.

Majlis diadakan adalah bersempena  menyambut Ramadhan  1438H.

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS NAIB CANSELOR

Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Pesara UTM (PESUTM) bagi tahun 2017/2019 yang baharu di pilih dalam Mesyuarat Agung Ke Enam telah melakukan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UTM, Yang Berbahagia Prof. Dr. Wahid bin Omar pada hari Ahad 14 Mei 2017 jam 9.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Naib Canselor. Kunjungan hormat diketuai oleh Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani, Yang Dipertua PESUTM.

Mereka yang turut hadir ialah En. Mohd. Yunos bin Dahlan(Naib Yang Dipertua), En. Ismaal bi Samat (Setiausaha),  Raja Faredah bt Raja Ismail(Bendahari), En. Khalid bin Mazlan(Penolong Setiausaha), En. Kasiran bin Saman, En. Mudzakir bin Mohd. Azib, En. Ruseli bin Md. Noh dan En. Mohd. Faiez bin Samsudin.

 

BEBERAPA PERKARA DIBANGKITKAN OLEH YANG DIPERTUA PESUTM

Yang Dipertua PESUTM, Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dr.Ismail bin Kailani telah membangkitkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan semasa membuat kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UTM pada 14 Mei 2017. Diantaranya ialah:

·         Agar Bahagian Perundangan UTM dapat mengkaji supaya ada bab PESARA dalam Akta/ Perlembagaan Universiti.

·         Meminta penyediaan maklumat Sistem Maklumat pesara dapat disegerakan.

·         Mengkaji agar pesara atau anak pesara UTM dikenakan bayaran yuran minima atau percuma apabila melanjutkan pengajian di UTM.

·         Kaunter khas warga emas patut diadakan di Pusat  Kesihatan UTM(PKU).

·         Pesara KWSP UTM patut juga diberikan  kemudahan rawatan perubatan percuma di PKU, UTM.

·         UTM dengan kerjasama PESUTM wajar memanggil pegawai daripada KWAP untuk memberikan penerangan tentang peranan KWAP yang telah mengambilalih peranan Bahagian Pencen JPA.

·         PESUTM yang dijanjikan dengan bangunan (sekarang sebagai Rumah Tadika) akan menjadikan bangunan ini sebagai pejabat dan kegunaan lain yang sesuai.

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA YPKM

Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia(YPKM) meng- ganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama PM pada petang hari Selasa 13 Jun 2017 bertempat di Sri Perdana,  Putrajaya. PESUTM dijemput sama untuk hadir dalam majlis tersebut.

PESUTM diwakili oleh Yang Dipertua Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani,  Setiausaha En. Ismaal bin Samat, dan AJK Puan Kasumabahri Masjuriah serta wakil-wakil daripada Kuala Lumpur.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID UTM JOHOR BAHRU

PESUTM juga tidak ketinggalan turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa anjuran Masjid Sultan Ismail, Kampus UTM Johor Bahru. Majlis diadakan pada hari Selasa 13 Jun 2017 mulai magrib bertempat  di masjid berkenaan.  PESUTM  diketuai oleh En. Mohd. Yunos bin Dahlan, Naib Yang Dipertua.

Untuk majlis kali ini PESUTM bekerjasama dengan Pusat Ko-Kurikulum  memasak bubur lambuk untuk Majlis Berbuka Puasa dan untuk diagihkan kepada para pelajar dan mereka yang memerlukannya.  PESUTM menyumbang sebanyak RM500.00.

 

SAMBUTAN HARI RAYA PESUTM DI JOHOR BAHRU

PESUTM  di jangka mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H di Johor Bahru pada pagi hari Khamis 13 Julai 2017 bersamaan 19 Syawal 1438H mulai jam 10.00 pagi.  Majlis akan diadakan bertempat  di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor(KTC).

Dengan ini semua ahli/pasangan dan bukan ahli /pasangan di jemput sama hadir untuk memeriahkan majlis berkenaan.

 

PERBINCANGAN BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM MAKLUMAT PESARA(SMP)

Bagi membangunkan Sistem Maklumat Pesara (SMP) satu perbincangan dengan pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi(CICT) dan Pejabat Pendaftar UTM  diadakan pada 1 Jun 2017 mulai jam 4.00 petang.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Suhaizan, Timbalan Pengarah CICT.  PESUTM diketuai oleh Prof. Emeritus Dr. Ismail bin Kailani.

 

TAKZIAH UNTUK KELUARGA ALL. MOHD.KAMAL

PESUTM mengucapkan takziah kepada keluarga Sdr. Mohd. Kamal Affandi bin Abdul Karim. Beliau mantan Pembantu Makmal FS adalah ahli PESUTM  dan kembali kerahmatullah pada hari  Ahad 4 Jun 2017.

Semoga rohya dicucuri rahmat. Alfatihah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

      Yang Dipertua PESUTM Prof. Emeritus Dr.Ismail bin Kailani dan semua AJK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli PESUTM. Semoga kedatangan Hari Raya kali ini di sambut dengan meriah dan gembira bersama keluarga.  Maaf Zahir dan Batin.

 

29 AHLI MENYERTAI SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK

29 ahli menyertai Skim Takaful Berkelompok dari Syarikat Takaful Malaysia. Ini adalah tambahan kepada jumlah 27 orang yang telah menyertainya(disenaraikan dalam Buletin 1 Tahun 2017).  Dengan ini jumlahnya ialah seramai 56 orang. Tarikh kuatkuasanya ialah dari 19 Februari  2017 hingga 18 Februari 2018.

Nama-nama ahli dan pasangan yang baharu menyertainya ialah:

1.       Ali bin Amat.

2.       Noorsham bin Jalil.

3.       Wan Hassan bin Abdullah.

4.       Wan Zainab bin Wan Ibrahim.

5.       Masriah bt Paidi.

6.       Md. Aris bin Abd. Kadir.

7.       Halimah bt Baki.

8.       Siti Eshah bt Alias.

9.       Mohd. Ayob bin Mohd. Nor.

10.    Zaidah bt. Abd. Rahman.

11.    Shawaludin bin Md. Jati.

12.    Rosnah bt  Md. Nor.

13.    Jamil bin Buang.

14.    Jamilah bt Hashim.

15.    Kamaruddin bin Mat Taib.

16.    Rashidah bt Ab. Manaf.

17.    Noraini bt Mohd. Nor.

18.    Kasminah bt Wahir.

19.    Noraini bt Abdul Rahman.

20.    Mohd. Shoki bin Md. Ariff.

21.    Rohani bt Abd. Rashid.

22.    Mat Yasin bin Sirin.

23.    Siti Zoyah bt Othman.

24.    Rabiah bt Mohamed Akhir.

25.    Bahrin bin Md. Kasim.

26.    Abdul Hamid bin Abd. Rahman.

27.    Maryana bt Mansor.

28.    Nor Azman @ Noorani bin Sulaiman.

29.    Jamilah bt Osman.

 

SUMBANGAN UTK. KELUARGA  ALL.MOHD. KAMAL

PESUTM menyumbang sebanyak RM100.00 kepada keluarga Allahyarham Mohd. Kamal.  Dalam masa yang sama AJK turut menyumbang sebanyak RM141.00.  Sumbangan disampaikan pada 15 Jun 2017 kepada balu Allahyarham oleh En. Ismaal bin Samat, S/U PESUTM.